Tumbesaran

"entri ini wujud sebab baru abes exam dan saje bosan2"




satu ketika...







beberapa ketika...


Gaya masih sama TAPI....sekian
Click here bai to read more On "Tumbesaran"!

Ada apa dengan ramadhan?

Assalamualaikum w.b.t.

Ni satu artikel dari member aku yang sangat baik untuk ramadhan.Kalaupun anda malas membaca,silalah juga bersengkang mata untuk baca artikel ini sebab memang gerenti insyaAllah bermanfaat untuk menjadi checklist mengharungi ramadhan.Kalau lagi rajin,bacalah buku ustaz heizal tu.


Ramadhan tarbiyah terus dari allah.Datangnya dinanti,perginya ditangisi.

Sedar tidak sedar ramadhan sudah meniti di penghujungnya. Datangnya penuh dengan rahmat , pergi diiringi dengan keampunan. Didikan ramadhan menjadikan manusia sama taraf antara satu sama lain. Ia menjadikan kita tiada beza antara satu sama lain. Kita diasuh, tiada yang membezakan manusia melainkan sifat Takwa kepada Allah. Kerana itu, takwa menjadi asas didikan di dalam ramadhan , “Mudah-mudahan kamu bertakwa ” (2:183)

Apabila tibanya ramadhan, betapa tingginya darjat seseorang manusia, betapa tinggi pangkat dia, semuanya menjadi sama sahaja ketika ramadhan bermula. Apa yang lebih utama, kita boleh mendapati , Allah menyusun waktu manusia, mentadbir jadual manusia, membelenggu (mengikat) syaitan. Kerana apa? Semuanya tidak lain untuk memudahkan manusia mendapat takwa kepada Allah.

Sesungguhnya paling mulia dikalangan kamu disisi Allah adalah yang lebih bertakwa


Taqwa Asas Pembentukan Manusia

Taqwa menjadi asas keimanan, dan taqwa juga didapati sebagai asas untuk memperoleh syurga “disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” (3:133) .

Di dalam ramadhan ini kita diajar bukan untuk memperbanyak harta, meninggikan jawatan, juga bukan untuk memperbesarkan pengaruh, tetapi kita diajar untuk berlumba dalam mengejar perasaan taqwa kepada Allah. Bila sudah bertaqwa maka mulialah manusia itu sendiri.

Taqwa dengan erti kata, takut tetapi rindu. Takut bukan seperti seperti takut pada samseng , harimau. Yang takutnya kita pada dua benda ini, menjadikan kita menjauhkan diri dari mereka. Bahkan takut tetapi rindu, takut pada kemurkaan Allah , rindu pada belaian kasih sayang Allah, rindukan keampunan Allah. Ini menjadikan taqwa sebagai punca mendekatkan kita pada Allah, meningkatkan keyakinan kita untuk memburu cinta Allah. Inilah yang menyebabkan kita berlumba-lumba dalam mencapai sifat taqwa ini.

Jika manusia dinilaikan mulia kerana harta yang ada, maka Qarun lebih layak untuk mulia dari kita. Jika Mahu dikirakan dengan pangkat kita mulia, maka Firaun lebih layak untuk mulia. Tetapi jika kita lihat didalam Alquran , Qarun ditenggelamkan ke dalam bumi kerana dengan harta , dia menjadi angkuh dan ingkar pada aturan Allah. Firaun Ditenggelamkan Allah dalam laut, kerana dengan jawatan dia ingkar dan takabbur dengan jawatan yang dimiliki. Sehinggakan berani menyebut ” Akulah Tuhanmu yang Maha Tinggi “ Dengan jawatan, Firaun ditenggelamkan dan dijadikan teladan bahawa manusia tidak mulia dengan harta, tidak mulia dengan jawatan.

Di dalam ramadhan, ALlah menyama tarafkan semua manusia. Kamu berpuasa perlu bersahur sebelum subuh dan berbuka selepas maghrib. Tidak kata bila kita ada jawatan tinggi, maka boleh berbuka awal, kita miskin perlu berbuka lewat. Tidak sama sekali, bahkan kaya dan miskin semuanya perlu bersahur dan berbuka pada masa yang sama.

Bagaimana Mahu Menjadikan Manusia Bertaqwa?

Allah menjadikan ramadhan ini untuk manusia insafi, untuk cek kembali diri kita dalam bulan ramadhan. Tiga elemen , perkara atau unsur yang perlu disemak kembali ketiak kita sudah berada di dalam ramadhan.


1. Aqidah (Keyakinan)

Keyakinan menjadi asas penting bagi jiwa manusia. Jika tiada aqidah yang sempurna, maka akan runtuhlah jiwa manusia. Ketika sebuah bangunan yang kuat dengan melihat pada bahan yang menjadi dasarnya, maka begitulah juga jiwa manusia, aqidah menjadi asas terpenting dalam penilaian jiwa manusia.

Bagaimana aqidah ini perlu dinilai semula ketika ramadhan?

Siang hari menjadikan kita bergantung penuh pada Allah, ia menjadikan kita tidak makan mahupun minum, sehinggakan kita duduk sendirian di dalam bilik yang gelap sekalipun, kita akan menghindari perkara-perkara yang menjerumuskan kita kepada perkara yang membatalkan puasa. Kita menjaga diri kita. Kerana apa? kerana kita merasakan bahawa Allah sedang melihat kita. Kita sanggup tak buat apa-apa yang membatalkan puasa, padahal ketika itu kita boleh menipu untuk makan dan minum, masuk bilik kemudian makan maggi senyap-senyap. Ataupun ketika mandi di sungai, atau di dalam bilik mandi, boleh sahaja minum dua tiga teguk ,lepas tu keluar dari bilik mandi atau sungai buat muka sardin! Semuanya boleh.

Anak-anak yang kecil , berpuasa sehingga petang-petang, duduk terjelupuk di atas kerusi, atas lantai, tidak bergerak, sehingga keluar ayat ” abah, ma , bangcik nak mati dah ni, lapar tak makan…” suara yang sayu-sayu dibuat anak kecil.

Kerana apa kita bersusah-susah dan menyusahkan diri kita? Apakah yang ALlah mahu ajarkan dari kesusahan ini? Jika kita yakin bahawa Allah ada dalam diri kita, maka kita akan selamat.

Inilah yang mahu ditanamkan didalam diri adanya Allah. Selama mana? Selama 30 hari Allah mahu didik jiwa dan diri kita dalam keadaan begitu. Walaupun orang lain tidak nampak, tetapi Allah nampak. Inilah yang mahu ditanam pada ramadhan, aqidah (keyakinan) yang mantap. Keyakinan yang menjadi asas dan tapak kepada Taqwa. Perasaan takut tetapi rindu, takut dan mengharap.

Jika di dalam rejab, dua bulan sebelum tibanya ramadhan, kita diuji dengan peristiwa besar Isra’ Mikraj yang menggegarkan jiwa kita, maka ramadhan menjadi medan untuk memantapkan keyakinan yang ada.

Kenapa Antara Subuh dan Maghrib?

Mengapa perlu berpuasa diantara subuh dan maghrib? Ulama membincangkan perkara ini, asas pertamanya kerana , antara dua solat inilah ramai orang yang tinggal solat. Subuh, sangat terkesan dengan tidur , sehinggakan ada istilah “Subuh Dinasour”. Bagaimana Allah mahu menjaga manusia agar menjaga solat subuh ini?

Dijadikan padanya sahur, makan sebelum masuk waktu subuh. Manusia bila sebut bab makan, dialah nombor satu, sanggup bangun semata-mata untuk makan. Dijadikan sahur itu dekat-dekat dengan subuh. Sebab itulah kita kena bangun sahur, kerana padanya penuh keberkatan.

Nabi sebut :

bersahurlah walau dengan sebiji tamar kerana padanya keberkatan

Sebab itu perlu untuk kita bangun sahur dan tak boleh sahur awal sangat. Ada dikalangan kita sahur pukul 12.30 malam, 200 pagi . Kerana apa? “takut tak bangun sahur nanti” mudah jawapan.

Ramai bimbang tak bangun sahur dari bimbang tidak bangun subuh. Kerana itulah diprogramkan lepas sahaja sahur terus subuh.

2. Ibadah (pengabdian)

Ramadhan ini adalah juga bulan kemantapan ibadah. Jika kuat ibadah, rapuh aqidah, binasa manusia. Tetapi jika kuat aqidah, kuat juga ibadah, maka tinggilah nilai manusia.

Allah programkan kita untuk jaga solat, dijadikan sahur dan berbuka.Bila maghrib menjelma, ramai berkejar-kejar untuk pulang berbuka dengan keluarga. Dalam ramadhan juga , ramai peka terhadap waktu solat. Bulan lain, waktu solat tidak pernah diambil peduli. Tapi ramadhan, sebulan, semua waktu dihafalnya. Subuh bila, maghrib bila.

Allah juga mendidik kita untuk membiasakan solat sebagai punca kerehatan, pusat ketenangan, diadakan solat tarawikh. Nabi kita buat 8. kita nak ikut boleh ikut. Saidina Umar alkhattab buat 20 rakaat, kita nak ikut pun boleh. Saidina Usman buat 30 , Umar Abdul aziz buat 36/38. Mana-mana kita nak buat pun boleh. Acapkali, dan saban tahun selalu kita mendengar perkelahian sama ada mahu buat 8 atau 20 tetapi jarang kedengaran perkelahian kerana mahu buat tarawikh 30 atau 38…

Di dalam bulan ramadhan juga, Allah nak didik kita untuk bangun di tengah malam. Maka diberikan kita satu malam yang disebut Lailatul Qadr (Malam Qadr), yang ibadah padanya lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun) ibadah . Dijadikan malam itu malam yang penuh misteri, tidak diberitahu bilakah akan terjadi malam Qadr ini. Cuma yang disebut , 10 malam terakhir. Semata-mata untuk mendidik kita berusaha bangun setiap malam untuk bersungguh-sungguh mendapatkan malam yang penuh keberkatan ini.

Allah didik jiwa kita sepanjang bulan ramadhan ini untuk konsisten, ramadhan ini menjadi penentu. Ia mendidik kita, puasa, lapar, solat, lailatul qadr, tarawikh, semuanya ada program yang tersendiri yang padanya ada seribu satu rahsia yang ingin dididik di dalam jiwa kita.

Maka berbahagialah sebuah keluarga , yang suaminya kejut isterinya untuk bangun ditengah kesunyian malam. Isteri yang mengejutkan suaminya untuk bangun sama-sama membangunkan malam. Ayah mengejut anak-anak untuk turut sekali membangunkan malam.


3. Akhlak

Ramadhan juga Allah mendidik manusia dengan akhlak yang baik , dengan itu diturunkan Alquran. “Bulan ramadhan yang padanya diturunkan alquran sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara hak dan batil). ” (2:185)

Jika kita melalui sebuah jalan, dan kita sedang menuju ke suatu destinasi, maka pasti kita akan merujuk kepada papan-papan tanda yang berada ditepi-tepi jalan. Agar perjalanan kita akan bergerak lancar. Begitulah kita dalam kehidupan dunia ini, umpama satu perjalanan menuju satu destinasi, akhirat. Dunia sebagai laluan, jambatan ke akhirat. Maka sudah pasti, kita memerlukan satu petunjuk atau papan tanda agar perjalanan kita selari dengan petunjuk dan tidak melencong pada yang tak sepatutnya. Maka alquran menjadi petunjuk kita dalam kehidupan di dunia ini.

Inilah tiga unsur atau perkara yang Allah ingin didik kita di dalam bulan ramadhan. 29/30 hari penuh asuhan dan didikan diberikan kepada kita. Maka ketika sudah cukup 29/30 hari, kita mahu tahu apakah ramadhan berkesan pada diri kita, maka nilailah akhlak kita, hati kita, jiwa kita.

Jika kita merasakan bahawa ramadhan ini tiada perubahan pada diri kita, maka berdoalah pada Allah agar diberikan dan digantikan jiwa kita dengan hati dan jiwa yang baru. Sebagaimana sebuah kereta bila sudah dihantar ke kedai untuk dibaiki dan setelah 30 hari , tukang baiki mengatakan bahawa enjin yang ada sudah tidak boleh dibaiki, maka kita pasti akan suruh menukar yang baru. Begitulah hati dan jiwa kita.

Maka, ramadhan ini, 30 hari Allah menjadi pendidik kita, motivator kita, tukang susun jadual kita, maka sepatutnyalah bulan ini menjadi medan dan saat terbaik kita untuk berubah. Jika bukan dari bulan ini, bilakah saatnya untuk kita berubah?

Pernahkah kita terfikir saat yang mana bau mulut menjadi lebih wangi dari haruman kasturi selain ramadhan?

Pernahkah kita merasa waktu lebih indah selain dari waktu berbuka puasa?

Maka begitulah keindahan ramadhan, padanya mengubah jiwa , mendidik hati manusia-manusia yang punya akal dan perasaan bahawa dunia ini tiada yang lebih berhagra melainkan taqwa kepada Allah.

kredit : http://umaralfateh.wordpress.com/2008/09/29/ramadhan-tarbiyah-terus-dari-allah-datangnya-dinanti-perginya-ditangisi/#comment-1025


Mudah-mudahan Allah menyampaikan kita hingga ke hujung ramadhan dengan cemerlangnya insyaAllah.

Wassalam w.b.t.

.

Click here bai to read more On "Ada apa dengan ramadhan?"!

michael dennis rohan


jangan tanya sebab apa aku tayang gambar ni
tanya diri sendiri esok hari apa
sapa dpt jawab...aku nk peluk dia(utk ikhwah saje)

ramadhan kareem...
Click here bai to read more On "michael dennis rohan"!

Doa ketika bermusafir.

Assalamualaikum kawan-kawan semua.



Dalam semua orang hangat memperkatakan tentang H1N1 ni,mestilah kita yang nak bermusafir ni ada sikit perasaan takut kan.Inilah untungnya kehidupan orang yang mengenal Allah,sebab diorang sentiasa meletakkan pergantungan pada Allah moga diselamatkan perjalanan safar mereka dari segala macam bencana insyaAllah.

Dalam post kalini,saya nak mengajak anda semua melihat doa2 yang dianjurkan didalam hadis nabi s.a.w. bagi orang yang ingin dan sedang bermusafir untuk membacanya.Adapun adab-adab musafir itu terlalu banyak.Jadi disini saya kongsikan salah satu bahagian sahaja daripada adab-adab musafir iaitulah membaca doa.Mudah-mudahan dengan asbab doa ni,Allah s.w.t. sentiasa memlihara kita sepanjang perjalanan balik malaysia,sampailah balik sini semula dan sampai bila-bila insyaAllah.Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.


1)Doa ketika hendak keluar rumah.

Daripada Anas r.a. berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Apabila seorang lelaki keluar dari rumahnya lalu berkata bismillahi tawakkaltu 3alallah,wala hawla wala quwwata illa billah (maksudnya,dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaMu,aku tidak berupaya dan berkuasa kecualilah MU) sesungguhnya ia akan diseru : Kamu telah dipimpin,dicukupkan,dijaga dan syaitan mengelak darinya"

Riwayat Abu Daud,at-Tirmizi,dan An-Nasaie


Daripada Ummi Salamah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila ingin keluar daripada rumahnya baginda berdoa : "Dengan nama Allah,aku bertawakkal kepadaNya,Ya Allah!Aku berlindung daripada sesat jalan atau disesatkan,atau tergelincir atau digelincirkan,aku menzalimi atau dizalimi atau menjadi bodoh atau diperbodohkan"

Riwayat Abu Daud



ada tak sape2 balik naik traktor?

2)Membaca Doa menaiki kenderaan

Apabila orang yang bermusafir ingin menaiki kenderaannya,baik berupa basikal,motosikal atau kereta,maka hendaklah ia membaca basmalah,dan apabila telah berada diatas kenderaaannya hendaklah ia bertakbir 3 kali,kemudian membaca doa menaiki kenderaan sebagaimana hadith yang berbunyi :

"Daripada Ali bin Abi Talib r.a. berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda : (Baginda berdoa menaiki kenderaan) segala puji bagi Allah.Maha suci Allah yang memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kepada tuhan kami akan kembali (baginda mengucapkan Alhamdulillah sebanyak 3 kali)segala puji bagi Allah,segala puji bagi Allah,segala puji bagi Allah,(mengucapkan Allahuakbar sebanyak 3 kali),Allah yang maha besar,Allah yang maha besar,Allah yang maha besar, Wahai tuhanku,sesungguhnya aku menzalimi diriku (melakukan kejahatan),maka ampunilah aku,sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau"

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi


3)Doa musafir

Elok benarlah bagi kita untuk berusaha membaca doa musafir sebagaimana yang diajar didalam sunnah nabi s.a.w. :

Maksudnya : Daripada Ibni Umar r.a. berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda (berdoa ketika ingin bermusafir) : "Maha suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini bagi kami,padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya,dan sesungguhnya kami akan kembali kepada tuhan kami ; Ya Allah,sesungguhnya kami memohon kepadaMu didalam perjalanan kami ini kebajikan dan ketaqwaan dan amal yang engkau redhai ; Ya Allah,mudahkanlah perjalanan ini bagi kami dan dekatkanlah kejauhannya ; Ya Allah,Engkau adalah penyerta kami di dalam perjalanan ini dan pengganti kami di keluarga kami ; Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung kepadaMU dari bencana safar dan kesedihan pemandangan,dan keburukan tempat kembali pada harta dan keluarga"

Riwayat Muslim.


So untuk entry ini,saya letak 3 dulu.Jom kita usaha hafal dan amal yang ini dulu.Kalau ada kelapangan,nanti sape2 boleh tambah lagi insyaAllah.Kami mendoakan semoga safar anda semua sentiasa berada didalam rahmat dan penjagaan Allah s.w.t. insyaAllah.Sama-sama kita doakan sahabat-sahabat yang nak balik ni semua selamat pulang dan kembali dengan senyuman insyaAllah.



Wassalam w.b.t.

Sumber :

1)Adab-adab Islam dalam kehidupan seharian jilid 2.
Mohammad Zulkifli Abdul Ghani

. Click here bai to read more On "Doa ketika bermusafir."!

Jom balek msia!




Assalamualaikum w.b.t.

Ye..cuti soifi datang lagi dengan nikmat balik malaysia.Lagi-lagi cuti kali ini,yang mana hampir majoriti semua warga irbid akan pulang ke malaysia.Jadi sebelum nak balik,kenalah nak pergi airport kan?memandangkan mak ayah kita takde disini untuk menghantar kita ke epot,maka kita semua terpaksalah berusaha sendiri untuk pergi.Jadi entry kalini sekadar entry ringkas untuk semua yang nak pergi airport mudah-mudahan ada manfaatnya insyaAllah.

Jadi ada beberapa jenis kenderaan untuk anda semua pergi ke airport.Bergantung kepada bilangan korang,kuantiti bag,budget dan sebagainya.Saya sekadar nak berkongsi beberapa cara untuk ke airport.



1-Kereta sewa atau teksi.

Kalau korang nak balik sorang-sorang,macam tak berbaloi pula nak sewa coaster kan?Jadi korang bolehla nak sewa teksi,sarfis atau kereta sewa.Sepengalaman saya yang tak berpengalaman ni,range harga untuk kategori ini adalah dalam 25-35 JD.Bergantung juga pada kemahiran anda semasa menetapkan harga dengan pemandu tersebut.Antara nombor yang boleh dihubungi :

Teksi Nasir Abu Lais - 0788874713
Abu Usamah Dalki - 0788097756

Anda nombor-nombor lain.Tapi pasal dah lama tak guna,tak tahu dah range harga diorang sekarang ni berapa.

2-Van dan MPV.

Kalau korang balik dalam 3,4 atau 5 orang,dan beg banyak,bolehla guna MPV atau van pasal kalau naik kereta nanti bag tak muat.MPV tidak dinafikan lebih selesa daripada van.Tapi,kalau kos selalunya van lebih murah.MPV boleh letak 5 orang dengan selesa berbanding van yang selalunya untuk 4 orang sahaja.Biasanya anda dikenakan caj antara 40 hingga 50 JD untuk van dan mpv ni.Tapi tak tahulah kalau harga sekarang dah lain.Jadi,kalau anda perlukan van atau mpv,bolehlah cuba menghubungi no-no berikut :

Van Anwar : 0777756592
Van Muhammad : 0777312441
Abu Muhammad MPV :0795074261,0779687317



3-Coaster.

Kalau anda balik satu flight bersama dengan orang kampung semua,jangan memandai sewa teksi nak sumbat 15 orang satu teksi.Untuk coaster,biasannya ada 22@24 tempat duduk.Tapi sebab nak letak bag lagi,jadi agak-agakla untuk satu coaster tu dalam 10 hingga 15 orang.Harga semasa untuk airport ni saya pun tak berapa nak pasti.Tapi rasanya masih bawah 100JD.Anda kena kreatif dan rajin membuat survey sebelum memilih.Memang ada orang yang pernah berjumpa dengan coaster yang ambil upah 60JD,ada yang 80 dan ada juga 90.Jadi,terpulanglah kepada anda.

Coaster Haitham : 0777072864
Coaster Abu Zaitun :0795411583
Coaster Abu Khalil : 0777771484
Coaster Abu Hasyim :0795798320


Sedikit tips cadangan bagi mereka yang nak ke airport.

1-Call awal pakcik yang anda berhajatkan kepada khidmat mereka.Call lagi sehari sebelum,beberapa jam sebelum atau sebelum-sebelum hari yang dijanjikan untuk mengelakkan pakcik tersebut lupa.Kita semua manusia.Jangan bila dia dah terlupa baru nak *&^%&*$#.Apalah gunanya jika nasi sudah menjadi bubur.Anda tidak rugi pun untuk call sekali lagi bagi memastikan perjalanan anda lancar.

2-Semasa call mula-mula,sebut dengan jelas destinasi tujuan,masa bertemu,tempat bertemu,bilangan penumpang dan harga yang anda sepakat.Elakkan daripada membiarkan perkara-perkara ini menjadi kabur dengan menggunakan perkataan seperti

"geddeish biddak ya 3ammu?" (Awak nak minta berapa ya pakcik?)
"mafi mushkilah..khairan insyaAllah..la takhaf,insyaAllah tkun rakhisah" (Takde masalah..Semuanya baik insyaAllah..Jangan takut,tak mahal insyaAllah)

*perhatikan disini,harga tidak disebutkan dengan jelas.Kalau sampai di airport,tiba-tiba pakcik tu minta bayaran yang tinggi,baru anda mahu menangis.

3-Jangan lambat.Sepanjang pengalaman saya,pelajar melayu memang selalu tidak menepati masa yang dijanjikan walaupun kita sendiri yang menetapkan waktu tersebut.Perjalanan ke airport mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.Kalau boleh,silalah bertolak 4 jam setengah atau 5 jam sebelum waktu berlepas bagi memastikan anda berada di zon selamat.Contohnya jika flight anda jam 5 petang,silalah bertolak jam 12 setengah atau 1 petang untuk memastikan anda dapat sampai di airport jam 3 petang.

4-Memperbanyakkan doa dan tawakkal kepada Allah s.w.t. supaya perjalanan lancar dan tiada masalah.Ini sepatutnya no1,tapi terletak kat bawah ni pula.Tiada zat di langit dan di bumi ini yang lebih berkuasa daripada dari Allah.Gabungan antara usaha kita+doa+tawakkal insyaAllah akan menghasilkan perjalanan yang selamat,lancar dan diberkati Allah insyaAllah.

Sekian post saya untuk anda semua.Penulis tidak bertanggungjawab diatas apa-apa masalah yang anda hadapi kerana saya bukanlah sangat-sangat berpengalaman di dalam bidang ini...huhu..Sekadar perkongsian untuk anda semua.Walaubagaimanapun,jika anda beroleh manfaat darinya silalah mendoakan kebaikan serta kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat untuk penulis dan para budak2ngeteh sekalian.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa kemusykilan,bolehla bertanya kepada mana-mana budak2ngeteh yang hot mahupun tidak,juga kepada mana-mana warga irbid yang lain.Yang terlebih eloknya tanyalah kepada JKK PERMAI yang berkaitan.

Warga budak2ngeteh.blogspot.com mengucapkan selamat pulang,selamat bercuti,selamat berpesta ibadah di bulan ramadhan dan selamat hari raya aidilfitri.

Sekian wassalam w.b.t.Selamat! Click here bai to read more On "Jom balek msia!"!

budak2ngeteh melawat Asiah Awatiff

waktu budak2ngeteh balik malaysia bulan 6 dulu, member sebatch aiman rosli dan isterinya asma' khalid telah menimang cahaya mata. Tapi oleh kerana 'kesibukan' (sibuk laa sangat) di awal semester, hari khamis lepas baru sempat nak melawat anak mereka.


Asiah Awatiff binti Aiman(AAA) yang berumur sebulan 2 minggu


Nubhan membuli Asiah.


mereka2 melihat foto perkahwinan aiman. agak2nye merancang majlis sendiri


Sesi bergambar bersama Aiman(duduk tengah). yang tepi2 aiman tu nak amek berkat



Timing habes lawatan memang cun. terus bang maghrib. kami pun menunaikan kewajipan di masjid at-tal. agak susah memujuk 'seseorang' ke masjid.
lepas solat, projek rutin: tak lain dan tak bukan mengeteh.

"mai sechewen" (ala2 iklan kopi radix)


pekene rottob(macam roti canai) ngan murtabak

pue berbaring-baringan

Lepas tu, balik rumah masing2. ade yang gi lepak rumah nwa tengok 'spontan' sampai 5 episode. gelak2 sampai cramp muscle perut.

matjoe and his little friend



Click here bai to read more On "budak2ngeteh melawat Asiah Awatiff"!

budak2ngeteh di JUST

pada hari rabu, 5 ogos 2009, pada lebih kurang pukul 1145 di tengah2 panas terik, budak2ngeteh berkumpul atas dasar ukhuwah utk menjayakan sesi bergambar satu batch yang pertama selama 3 tahun di sini.

(ini hanyalah sedikit dari gmbar2 yang diambil hari ini.sile klik untuk ke flickr,belambak lg gmbr kat situ)



okeh, sbb xde pape jadi time kelas psycho, kite beralih ke kelas Home Gardening trus.

budak2ngeteh yang mengambil subjek Home Gardening dgn Dr. Ibrahim

pastu bdk2 yg dh habis ikhtiari (matjo badot izat kuchai halfi) pon lepak sesame dgn camera tangkap gmbar sane sini ntah hape berfaedah sambil menunggu kitorang habis satu kelas lg. kitorang pn lpas tu berkumpul kat tasik JUST (mmg fail la sape yg x tau JUST ade tasik), sbb tunggu bdk2 dentist abes klas kol 1130 cmtu.

sambil lepak2/borak, pepsi kena ade beb..


itu jabi, arep dan pue



slpas itu, bermulalah sesi bergambar setelah nubhan dan bala tenteranya sampai di square A, handasiah.

ini lokasi pertama kitorg, dpn bangunan ri2asah jami3ah.






ini selingan antara sesi pertama dan kedua


Selamat Berpuasa, dan Selamat Hari Raya dari kami budak2ngeteh.blogspot.com

ini sesi gambar ke3, yang terakhir di square A, setelah ade yang dh balik dah...


pastu kitorg pn dah letih la kan, rase panas dgn lapar lagi cam haram tapi dengan rahmat dari Tuhan sampai la bas yarmuk yang kosong dpn kitorg.Alhamdulillah.

peristiwa dalam bas.no komen.

pastu kitorg pn berpecah.ade yg balik, ade yg gi mkn.sekian...

oh, aku tau korg sume msti x puas tgk gambar dak2ngeteh ni, so, sile klik link di bwh ini utk tgk 70 lagi gmbar2 untuk hari ni.



Click here bai to read more On "budak2ngeteh di JUST"!

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template