Selamat Graduasi

Selamat bergraduasi buat ahli-ahli pergigian budak2ngeteh. semoga boleh sambung ngeteh di Malaysia~~

Graduan Dentist 2011

Selamat berkhidmat kepada masyarakat.. Click here bai to read more On "Selamat Graduasi"!

Bahasa Urdun


Agaknya macam ini kot mesej dari kawan kakak aku

''Kitorang sebelum pergi Jordan kena belajar lahjah urduniyyah(dialek Arab Jordan)''

Jadi, waktu perjumpaan mingguan keluarga kami, kakak aku cakap begini

''Budak-budak yang nak pergi Jordan kena belajar Bahasa Urdu''

Mak aku pun balas

''Agaknya Bahasa Urdu tu antara bahasa utama kat negara diorang kot''

Aku dah terbayang orang-orang Arab cakap macam pelakon filem Hindustan

p/s Klik sini untuk rujukan dan pertanyaan tentang dialek Arab Jordan
Click here bai to read more On "Bahasa Urdun"!

Sharm el-Sheikh: Nama pun dah sikah




Setelah lama tidak berprogram, dan projek terakhir budak ngeteh ialah Azraq (mmg fail), so kali ni mungkin, mungkin kite akan menebus kemaluan itu dgn projek kali ini ke Sharm el-Sheikh.

Butiran Program adalah seperti berikut:
1. Bertolak hari Sabtu
2. Transpot: Kapal 100JD pergi dan balik (tak termasuk tiket aqabah-irbid)
3. Bilangan Hari : Sampai rasa nak balik
4. Bajet 250-300JD
5. Tema : Sharm el-sheikh, nama pn dah sikah.

AJK

Maka untuk menyenangkan ahli2 rombongan, AJK telahpn dilantik dengan adil dan saksamanya. Mereka yang bertuah:





Biro Aktiviti : Kadiak dan Nwa
1. Rancang program
2. Pastikan budak2 tidak bosan
3. Paksa yang lain buat kerja
4. Menangkap gambar tidak kire masa, tempat dan agama


Biro Pengangkutan: Pue dan Arep
1. Beli tiket (irbid-aqabah-nuweiba-sharm)
2. Pastikan sume ade
3. Rancang traspot kat sharm (sewa kreta/naik bas/teksi/public traspot)
4. Langgar kucing


Biro Penginapan : Hazim dan Rockers
1. Cari tmpat tidoq
2. orang terakhir tidoq
3. Tempat mstilah paling murah, tapi paling selesa, katil air


Biro Persegaran dan BBQ: Kuchai dan Paih
1. Jangan kasi kitorg lapar sesaat pon
2. Bawak brg bbq dari sini
3. Berkuasa melantik si pembasuh pinggan dan jadual masing2
4. Membuat bajet makanan lengkap


Biro Tugas Khas: Rockers
1. Berurusan dengan arab
2. bergaduh dgn arab yg nak tipu
3. mengorat awek arab
4. Membantu semua Biro
5. Suh org garu teloq

Apa nak buat
ini baru rancang gitu2 je..tgk2 internet buat research..kat sane baru kite leh rancang btol2..rambo ah.

1. Go Kart
2. Quad bike
3. Watersports
4. Snorkeling
5. Santai.
6. Ngaji of kos

Links
1. Info pasal
bas irbid-aqabah
http://www.your-guide-to-aqaba-jordan.com/trust-bus-schedule.html

ferry aqabah-nuweiba
http://www.abmaritime.com.jo/maritime.swf


http://www.your-guide-to-aqaba-jordan.com/ferry_to_aqaba.html

2. Go Kart
http://www.nooskarting.com/

3. Quad Bike
http://www.viator.com/tours/Sharm-el-Sheikh/Quad-Biking-in-the-Egyptian-Desert-from-Sharm-el-Sheikh/d827-3124SSH14

http://www.falconadventure.com/?page_id=37

4. Kite Surfing
http://www.kitejunkies.com/index.html

5. Sharks Bay Diving Village
http://sharksbay.com/new/english/index.htm


Sekian untuk kali ini. Click here bai to read more On "Sharm el-Sheikh: Nama pun dah sikah"!

Revolt



Kita perlukan 'kelahiran semula'.

Ibarat 'rama-rama keluar dri kepompong'..

Click here bai to read more On "Revolt"!

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Pantun Tak Habis Ini Sila Sambung Sendiri

Peluh mula membasahi dahinya. Ketiaknya mula terasa basah. Cukup penat. Lagi-lagi musim panas begini. Dari pagi dia bekerja menjaga kaunter tiket. Namun dia bangga. Dia bangga menjadi salah seorang penjaga khazanah negaranya yang teramat bernilai. Yang baru saja diiktiraf menjadi salah satu binaan ajaib di dunia.

Sebuah kota yang terletak di negaranya, tapi orang Sweden yang mengaku orang pertama yang menemuinya. Ceh.

''Apa kau mahu?'' dia bertanya dengan seorang pemuda Malizia yang baru sebentar tadi membayar harga tiket. Kenapa tak terus masuk?

''Aku berhutang dengan kau. Bukan. Dengan negara kau. Sekarang aku nak bayar kembali,'' jelas pemuda yang berwajah redup, berjanggut sejemput itu. Serius bunyinya.

''Apa yang kau hutang dengan aku? Entah bila masa kita berjumpa,'' balasnya. Dia cuba merangsang salah satu bahagian otaknya, iaitu hippocampus untuk mengorek kembali memori-memori lama. Ah, sungguh ''medical'' cerpen aku, jargon perubatan pun sempat diselitkan, bisik hati pengarang.

Namun, tidak ketemu. Banyak orang Malizi yang dia pernah jumpa malahan pernah bersembang panjang mahupun pendek. Baginya semua orang Malizi adik-beradik, muka sama tiada beza. Entu tusybihu ba'adh,ayat yang sama yang sentiasa diucap.

''Kan aku dah cakap, aku berhutang dengan negara kau. Bukan dengan kau. Kau cuma perantara,'' balas pemuda Malizi itu dengan tenang. Lancar dan fasih bahasa Arabnya. Kalau tak tengok muka, mati-mati dia terfikir suara itu milik orang sebelah utara negaranya. Entah berapa belas tahun pemuda ini tinggal di negaranya.

''Teruskan..''

''Begini....''

Menurut pemuda itu, beliau merupakan pelajar di negaranya. Jadi setelah sekian lama tinggal di sini, beliau mahir banyak perkara tentang negaranya. Ibarat di hujung jari. Ada masa lapang, dia membawa tetamu yang datang dari Malizia untuk melawat negaranya termasuk tempat yang dia jaga. Pengarang terasa malas nak menaip perkataan 'pemuda itu' dalam jumlah yang banyak. Anggap saja namanya Syamsuddin.

Orang Malizia kadang terlalu berkira. Datang ke negaranya beribu kilometer ada duit tapi hendak membayar harga tiket masuk tempat itu yang cuma 5% daripada harga tiket kapal terbang pergi-balik pun kedekut. Untuk orang Malizia yang menetap di negaranya sama ada pelajar atau pekerja, mereka akan mendapat harga lebih kurang 25 kali ganda kurang daripada pelancong. Dalam erti kata lain, 0.2% daripada harga tiket kapal terbang pergi-balik.
Untuk mendapatkan harga yang murah, pelancong-pelancong akan meminjam kad pengenalan menetap atau kad pelajar(iqamah dan hawiyyah) daripada mana-mana orang Malizia di situ. Penjaga tiket tak akan sedar. Entu tusybihu ba'adh. Berani sungguh mereka menginjak maruah negara yang terulung di dunia, bisik hatinya. Ceh.

Kita kembali kepada kisah Syamsuddin. Dia mengaku telah beberapa kali membawa pelancong Malizia dan tak lupa untuk meminjam iqamah ataupun hawiyyahmilik rakan-rakannya. Untuk membantu pelancong-pelancong jagaannya mendapat harga yang murah hasil daripada penyamaran itu. Untuk meraikan tetamu.

Syamsuddin akhirnya sedar bahawa itu bukan caranya untuk meraikan tetamu. Matlamat tak menghalalkan cara. Banyak cara untuk meraikan tetamu. Dan yang pasti, menipu bukan salah satu caranya. Syamsuddin menghulurkan beberapa keping wang kertas yang kalau diteliti mencapai angka tiga digit. Untuk menebus kembali dosa-dosa silam katanya.

Dia terharu dengan kejujuran Syamsuddin. Jarang benar dia berhadapan dengan situasi begini. Mana taknya, orang negaranya juga banyak juga yang penipu. Lebih-lebih lagi pemandu teksi tak bermeter. Yang ada meter pun tutup meter atau beritahu penumpang yang meternya rosak.

''Simpan saja duit kau itu. Aku maafkan kau kali ini. Moga Allah memberkati kau atas kejujuran kau''
Lampu dipadamkan. Tirai ditutup. Penonton ada yang menguap dan ada yang mengulas cerita bersama rakan-rakan. Mereka mula bersurai.

p/s Anggap saja artikel ini tidak mewakili pendapat peribadi pengarang.

Click here bai to read more On "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Pantun Tak Habis Ini Sila Sambung Sendiri"!

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template