Showing posts with label amal kebajikan. Show all posts
Showing posts with label amal kebajikan. Show all posts

budak2ngeteh melawat Asiah Awatiff

waktu budak2ngeteh balik malaysia bulan 6 dulu, member sebatch aiman rosli dan isterinya asma' khalid telah menimang cahaya mata. Tapi oleh kerana 'kesibukan' (sibuk laa sangat) di awal semester, hari khamis lepas baru sempat nak melawat anak mereka.


Asiah Awatiff binti Aiman(AAA) yang berumur sebulan 2 minggu


Nubhan membuli Asiah.


mereka2 melihat foto perkahwinan aiman. agak2nye merancang majlis sendiri


Sesi bergambar bersama Aiman(duduk tengah). yang tepi2 aiman tu nak amek berkat



Timing habes lawatan memang cun. terus bang maghrib. kami pun menunaikan kewajipan di masjid at-tal. agak susah memujuk 'seseorang' ke masjid.
lepas solat, projek rutin: tak lain dan tak bukan mengeteh.

"mai sechewen" (ala2 iklan kopi radix)


pekene rottob(macam roti canai) ngan murtabak

pue berbaring-baringan

Lepas tu, balik rumah masing2. ade yang gi lepak rumah nwa tengok 'spontan' sampai 5 episode. gelak2 sampai cramp muscle perut.

matjoe and his little friend



Click here bai to read more On "budak2ngeteh melawat Asiah Awatiff"!

Majlis Solat Hajat dan minta ampun dari Allah


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

Surah Al-Baqarah,ayat 186


Assalamualaikum tuan-tuan semua,


Memandangkan "sambutan luar biasa" yang telah diterima di kotak karut untuk solat hajat,Izzat dan Puwe telah bersetuju untuk buat iftar dan solat hajat malam esok insyaAllah.Jadi kawan2,silalah berpuasa sunnat hari isnin esok dan datang berbuka serta bersolat hajat sama-sama ok.


Tentatif :

7.00 pm : Berkumpul di rumah Izzat & Hazim (Berbual mesra sambil menunggu waktu berbuka.)

7.40* pm : Berbuka ringan diiringi dengan solat hajat. Pastu, makan.



Tugasan untuk makanan (sebagaimana yang diarahkan Tan Sri Pue) :

Nasi : Bayt Abu , Bayt Athiq dan Bayt Yop & Hadi , Bayt Areep ,Bayt Uwais & Waasiek

Air & Buah2an : Bayt Abu , Bayt Paih& Juan Pablo , Bayt Nubhan,Zulai

Lauk : Bayt Tan Sri Puwe , Bayt Izzat , Bayt Mat Joe,Bayt Nuwa & Fifi (Ozi makan asing)


*Sila bawa nus dinar juga untuk menampung kos makan malam. Sape-sape nak claim beli2,esok malam claim pada Puwe kat sana ok.

Mudah-mudahan kita semua dapat ikhlaskan niat datang untuk sama-sama memohon pada Allah supaya membantu kita dapat membuat persiapan terbaik untuk exam,menjawab soalan dan berjaya insyaAllah.Harap masing-masing dapat memberikan kerjasama terbaik ok.Allah yujzikumul khair ya syabab.


p/s : Sape2 nak pass derma tawaran terbaek,bolehla bawa duit siap-siap.

p/s 2 : To anti-bai,takde satu bai pun beb.Rekod ni!


Click here bai to read more On "Majlis Solat Hajat dan minta ampun dari Allah"!

Menjadi hot di hari jumaat!!




Assalamualaikum w.b.t. ,

Mudah2an saudagar-saudagar ngeteh dan tetamu-tetamu sekalian sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t. hendaknya.

Kalini saya nak tulis sikit (copy paste je pun) tentang amalan2 yang disunnatkan dilakukan pada hari jumaat.Persediaan untuk esok ni beb.Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk para pembaca semua insyaAllah.


1)Mandi sunnat hari jumaat.

Mandi dah memang amalan rutin harian kita setiap hari,lagi-lagi musim panas ni kan.Dari kita mandi saja2 nak hilangkan panas,lebih elok kita jadikan mandi kita sebagai amalan soleh dengan meniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t.Antara contohnya adalah dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w. selaras dengan sabda baginda yang bermaksud :

"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat,maka mandilah"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


2)Menghias diri,memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.

Kalau kita pergi jamiah hari-hari biasa boleh je pakai smart2 kan,inikan pula hari jumaat yang umpama hari raya untuk minggu tersebut.So kalau boleh esok kita pakai extra smart untuk pergi solat jumaat sebab kita nak pergi 'jumpa Allah' ni.

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)"


3)Memotong kuku.

Islam sebagai agama yang mementingkan kebersihan dan kekemasan memang sangat sesuai dengan fitrah manusia.Apa cerita doktor ngan dentist tak potong kuku beb?Buat malu je.

"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)





4)Membaca surah al-Kahfi

Ha..ni penting ni beb.Kalau terlepas memang rugi bai.Dah seminggu dengar lagu semangat yang hilang,hari jumaat kita dengar@baca quran pulak beb.

"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)



5)Memperbanyakkan doa.

Yang ni tak payah tunggu hari jumaat pun takpe.Memandangkan exam pun dah dekat ni,dah tadah tangan nak doa tu doala sekali untuk member-member lain.Barula jadi member terbaeek beb!


6)Berselawat keatas nabi s.a.w.

Sollu 3alan nabi!Allahumma solli 3ala sayyidina muhammad wa 3ala alihi wasahbihi ajma3in.



7)Datang masjid awal.

Sabda Rasulullah s.a.w. : " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah."

Asyik-asyik datang lambat duduk belakang.Sekali-sekala kita try datang awal duduk sembahyang saf awal,baru hot bai.Unta,lembu,kambing,ayam mahupun telor?anda yang tentukan...hehe.


8)Malam esok kita pg ngeteh.
Haha..ni saya tambah sendiri.Kira kita niat rapatkan ukhuwah bolehla...kan3?


Gambar ni bajet melambangkan ukhuwah la.


Ha cukupla 7 untuk minggu ni.Minggu depan orang lain sambung pula.Nak menunggu bang budin membuat kemunculan entry sulung ni..Asyik bising atas padang je..Hehe.

Saya doakan mudah-mudahan kita semua dapat usahakan jumaat esok dan yang mendatang menjadi jumaat yang terbaekk insyaAllah!Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang bergaya lagi 'hot' pada hari jumaat esok insyaAllah.

p/s 1 : Tawaran derma terbaekk masih dibuka.Sape2 nak derma boleh pass direct atau pada arep atau mana2 budak ngeteh ok.Derma yang budin kutip tu pun jangan lupa pass pada budin sebelum esok ok.Selamat.

p/s 2 : Kalau-kalau ada antara hadis atas yang dhaif tolong bgtahu ye.Kitorang tak pro ilmu hadis ni.

p/s 3 : Lupa nak masukkan kat atas.Lagi smart kalau hujung minggu dihiasi dengan menghadiri kelas tafaquh permai.(ngeteh di kelas tafaquh ;p..tp minggu ni syabab takde kan?)Apapun selamat beramal!

Kredit :
http://hanieliza.blogspot.com/2009/02/amalan-sunat-hari-jumaat.html
http://nuraiman.wordpress.com/2008/04/02/antara-amalan-amalan-terbaik-di-hari-jumaat/ Click here bai to read more On "Menjadi hot di hari jumaat!!"!

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template