Majlis Walimah Athiq & Maryam

27 Jun 2009
12.30tgh
Dewan Rafflesia, Kampung Subang.




athiq dan maryam



















saya la org yg menikahkan athiq.bukan yang menikahi ya..



muke ceria bile dah berbini. hati meloncat2 tu!






athiq, hairan knape die yg kena pegang bunga.








athiq rancak berborak dgn hazim manakala bininya sdang bersama rakan2 ngeteh die.



Muhammad Al-Athiq bersama Marzuki, bapak die.



Pasangan pengantin dengan budak2ngeteh + ahli baru(abg anhar)


sekian saja untuk kali ini.

gambar hiasan semata2.



. Click here bai to read more On "Majlis Walimah Athiq & Maryam"!

Ekspedisi hidup mati


Muke budak2ngeteh yg ketinggalan kapal terbang pulang ke mesia telah mengadakan ekspedisi 2 hari yg amat bermakna pada hidup mereka...

10 org ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Wadi Mujib melihat kecantikan alam di Joden diiringi oleh Ustaz Rockers selaku tour guide dan fasilitator .Inilah bukti2nye...semoge teruja




Pembacaan doa oleh ustaz sebelum ekspedisi



Duo yg hebat dan berpengalaman dalam selok belok Wadi Mujib ini.






Kemantapan ustaz tak dapat dinafikan...



nubhan,rafi,aiman di curam



strategi dalam melepasi halangan2



Destinasi air terjun yg memakan masa lebih kurang 2 jam



mmg cantek dan terbaekkk...


Kembali ke checkpoint pertama




nubhan=nwa???mustahil2



Gaya bebas dan band





hawt?




Gambar2 ini telah ditangkap menggunakn Sony CyberShot DSC W130 yang terbukti kalis air...

Sekian.









Click here bai to read more On "Ekspedisi hidup mati"!

Wishlist

markah semua subjek dah keluar. UGS(Uro-Genital System) paling mendebarkan. mane taknye 8 kredit hour. pastu boleh lak die main2 keluar lambat. doktor kate dah submit markah lame dah. sepuk kang.
tp Alhamdulillah naajih(pass). markah sedang2 je. takde laa tinggi macam areep ngan hadi, diorg hot. kite sedar kite sape kan..

mission kat malaysia nih nak beli barang2 untuk klinikal.
Aku paling malas nak beli barang2 klinikal..
bukan takde 'feel' nak masuk hospital
sebab tak tau nak beli ape sbnrnye..
abg aizat ngan (abg) nuek kate same je kalau beli kat jordan..hurmm.

1) First skali Stethoscope.Tang ni memang aku jahil habis. mane ade dalam sejarah keluarga aku ade yg jadi doktor. so mmg aku tak tau laa..
brand ape yg mnarik bai??














2) Pastu of course lah Lab Coat. bukan tak pnah ade labcoat, tp tau je laa kan lab coat kat jordan tu kualiti ala kadar je. aku nak cari yg kain lembut2 sket n kurg berkedut. lab coat pun ade macam2 gaye. short sleeve, long sleeve. banyak nyee nak kene pilih.
















3) Kemeja , Seluar Slack , Tie , Kasut Kulit.
Waktu pre-clinical, takde dressing code. ko pakai selipar tandas datang kuliah pun takde org kisah. tapi dah masuk hospital nih leceh sikit laa. kene pakai sut lengkap. haih, betambah malas nak beli.































4) Last skali, bende2 optional macam Doctor Pen-Light , Babinski Hammer(tiada kene mengene dgn babi mahupun H1N1)




















Sebenarnye aku tulis entry ni semalam, baru post harinih. dmam sikit. smalam jumpe doktor. doktor skarang advance bai. aku kate aku dmam terus die kate kat nurse "Full Blood Count!". lpak2 laa.. aih

pastu aku kate aku hypotension sikit. die cek gune sphigmomanometer 10 saat je.. haha malu gile aku tgk. kite buat praktikal lab punye laa lame nak dgr denyut nadi segala.. die pam2 terus release dah dapat reading. tp yg tak best nye aku kene iv drip lpas tu. 1 jam duk melanga tgk siling sambil tunggu drip habis.. memang menyeksakan. menyesal bgtau aku hypo.

hari ni dah elok sikit. jgn risau, aku takde selesema/batuk/sakit tekak.. aku tau korg takut kene kuarantin jgk kan? haha
harap2 esok ok laa nak kuar jalan2. bosan gile dok rumah

. Click here bai to read more On "Wishlist"!

Kelas Marketing

Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampirinya dan berkata, "Aku adalah orang kaya.. kahwinlah dengan aku."

Itu adalah DIRECT MARKETING.


Jika anda berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan anda dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan anda menghampiri gadis itu dan berkata, " Lihatlah jejaka itu (sambil menunjuk anda).Ia sangat kaya,kahwinlah dengan dia."


Itu adalah ADVERTISING.


Jika anda melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu anda menghampiri dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya anda menelefonnya dan mengatakan,"Hi.. aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku."

Itu adalah TELEMARKETING.


Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkan minuman. Anda membukakan pintu untuknya saat menghantar pulang dan berkata, "Aku sangat kaya, mahukah kau kahwin dengan aku?"


Itu adalah PUBLIC RELATIONS.



Anda tengah berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Ia berjalan ke arah anda dan mulai merayu, "Kau sangat kaya rupanya."

Itu adalah BRAND RECOGNITION.

Anda berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Anda mendekatinya dan berkata, "Aku sangat kaya, kahwinlah deng
an aku." Lalu ia menampar muka anda.

Itu adalah CUSTOMER FEEDBACK alias COMPLAIN.

Nak marketing berjaye??masuk JUAM


Click here bai to read more On "Kelas Marketing"!

segelas teh Libbtunn, sekeping biskut Ori YO


Mata Che Nikon semakin kuyu.Keyboard terus ditekan-tekan.Rasa kantuk yang dicetuskan oleh saraf dan otak cuba dihilangkan dengan meneguk segelas air kopi cap Kapal Kargo yang kaya dengan kaffein. Chot Rotta tersenyum melihat kesungguhan sahabatnya itu.

"Betul ke nk publish cerita ni?",suara Chot Rotta yang bermuka ala Kwong Sang Woo memecah kesunyian.Sesekali rambutnya disentuh-sentuh, risau nanti aura hot berkurang.

"Wajib publish,aku tak boleh kalah dengan geng2 lain Chot, ini aje cerita yang boleh jadikan aku top", Che Nikon menjawab dengan penuh semangat.

Akhbar harian Punca Dera tempat Che Nikon bekerja bersaing sengit dengan Binatang Popular untuk menerbitkan gosip-gosip artis yang panas.Tentunya pembaca yang terbuka minda dan tinggi falsafahnya akan mengejar cerita-cerita sebegini.Malahan kalau dikaji pandangan artis serta kritikan mereka, pasti boleh dijadikan sumber rujukan ilmiah.

"tapi belum tentu lagi cerita sebenarnya....nanti bercerai berai dibuatnya", Chot Rotta meneguk teh panas cap Libbbtunn perlahan-lahan.

"ada aku kisah...",Che Nikon terus menyambung kerja.

Chot rotta bangun dari kerusi.Sekeping biskut cap Ori Yo dijamah dengan lahap.

"Nasib baik ko bukan perawi hadith!",Chot Rotta berlalu pergi.
Click here bai to read more On "segelas teh Libbtunn, sekeping biskut Ori YO"!

Stadi Group Angin Power




pee ass : sape nak tgk gambar di atas dgn lebih besar, boleyla carik gmbr ni kat 'kotak gambar' bawah kanan tuh..

bace la lagi..aku ade tulis skit bawah ni..

ini adelah satu stadi group dari bebanyak stadi group budak2ngeteh. diorg ni mmg xleh stadi dgn budak2ngeteh lain (atas sebab2 tertentu)(sensitip).so diorg lepak la sesame.

kumpulan ini dah mula stadi 'Ethics' yang akan diambil pada minggu kedua, summer sem nanti.bole dapat pelajar cemerlang budak2ngeteh ni. gambar atas tu time stadi UGS semalam.

pengajaran: "Birds of a feather, flock together" sbb tu kite budak2ngeteh best lepak ramai2.sbb sume sempoi!!


Click here bai to read more On "Stadi Group Angin Power"!

Apa yang hendak dibawa selepas mati?



“Apabila meninggal dunia anak Adam, terputuslah semua amalan melainkan tiga perkara:
sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakan baginya.”
Mafhum hadis




Melihat kehidupan yang tiada siapa tahu dimana hujungnya.
Sedangkan kita perlu kekal kencang beribadat hingga ke akhirnya.
Ya Allah tiadalah daya kami melainkan dengan bantuanMu.


Allahummakhtim 3alaina bihusnil khatimah,walaa takhtim 3alaina bisu'il khatimah.


Click here bai to read more On "Apa yang hendak dibawa selepas mati?"!

Majlis solat jenazah ghaib,solat hajat & bacaan yaasin.


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,maka sungguh ia telah beruntung .Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Surah Ali-'Imran,ayat 185

assalamualaikum w.b.t kengkawan semua.

Seperti yang mungkin semua dah maklum,5 orang sahabat-sahabat gen6 kita di Mesir telah terlibat dengan kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam.

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah

Justeru,malam ini kita akan mengadakan majlis solat jenazah ghaib untuk allahyarham ammar,dan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk sahabat-sahabat yang lain serta bacaan surah yaasin insyaAllah.

Harap semua dapat hadir kat rumah izzat&hazim sebelum azan maghrib (dalam 7 setengah) sebab kita akan solat maghrib jemaah dan terus dengan tentatif seterusnya ok.

Mudah-mudahan usaha kecil kita ini dipandang sebagai amalan soleh disisi Allah dan dapat menyemai jiwa ukhuwah yang sebenar dalam diri kita.Biarpun beribu batu sempadan geografi memisahkan kita,namun doa yang tulus ikhlas dari sahabat-sahabat tetap diutus tanda ingatan.

Al-fatihah buat allahyarham ammar dalam kenangan.

Jazakumullahu khairan kathira.


p/s : Sape2 tak ingat cara solat jenazah,rajin-rajinla search dulu sebelum datang ye.

sumber :
http://perubatan.org/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=928:1-maut-2-cedera-parah-dalam-kemalangan&catid=142:benefits&Itemid=96
http://ayuamiza.blogspot.com/

kredit gambar:
http://kijangterbang.blogspot.com/ Click here bai to read more On "Majlis solat jenazah ghaib,solat hajat & bacaan yaasin."!

Bila Otromen Lawan Raksasa

Punca sebenar bumbung stadium gong badak runtuh

Click here bai to read more On "Bila Otromen Lawan Raksasa"!

Parking Fail

Gambar diambil di bandar KL.

kredit untuk yg menangkap gmbr.hak cipta dah tak terpelihara.sori.

sesaje untuk menghilangkan rase stress.
visit failblog.

Click here bai to read more On "Parking Fail"!

Nikmat air terbaekk!



22. Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka Dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu Yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.

Surah Al-Hijr,ayat 22



Assalamualaikum warga irbid sekalian(entry umum)

Entry kalini nak mengajak kita semua fikir-fikir sikit tentang nikmat yang Allah bagi pada kita ni.Antara banyak-banyak nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. ,tidak dapat dinafikan antara yang paling perlu kita syukuri adalah nikmat air.Lebih-lebih lagi dengan keberadaan kita di bumi Jordan yang tak berapa banyak air ni amatlah dirasakan nikmatnya air tersebut.Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.


Sebagaimana yang semua orang maklum,waktu-waktu soifi ni memang ada sesetengah bangunan yang akan mengalami masalah air takde.Sebelum pergi lebih detail,meh dengar dulu sistem pengairan biasa di Jordan ini.Melalui maklumat dari pakcik-pakcik yang buat bangunan,haris-haris,dan sahib rumah di sekitar syari3 jamiah ni,diorang cerita biasanya untuk semua bangunan ada 2 tangki.Satu tangki bawah tanah,satu lagi tangki yang kat atas(sutuh).Jenis-jenis tangki yang ada berbeza-beza mengikut jenis bangunan,pattern dia,bila bangunan tu dibuat dsbnya.Ni cerita ringkas je bab ni supaya semua orang tak pening ok.Lagipun kebanyakan orang dah tahu kan.


Air dari tangki bawah tanah tersebut dihantar oleh jabatan air(baladiyah),dan daripada tangki tu kita pun pam guna motor naik tangki atas.Masalah yang biasa berlaku adalah bila tangki bawah tu takde air sebab baladiyah tak hantar.Ada yang air tak sampai langsung,ada yang air dihantar sikit je dan jenis-jenis masalah lain.Kebiasannya air dihantar hari sabtu,isnin dan khamis(ikut kawasan masing-masing.So ambillah tahu bangunan sendiri punya bila supaya senang check air).Ok,sekarang baru start cerita entry kita ni.

Jadi bila air takde,sebelum anda mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan $%#&*^(@>?" ,jom istighfar dulu dan baca entry ni sampai habis.



Apa yang perlu anda buat bila tiada air?

Call haris/sahib bangunan,pastikan dulu apa masalahnya.Kalau haris boleh settlekan sendiri,bagi je lah dia uruskan.Korang kena bezakan masalah yang ada samada motor rosak,paip rosak,air kena curi,dan lain-lain.


Ada jenis sahib/haris yang tak nak terlibat dan meletakkan kesalahan semata-mata pada baladiyah(kalau masalah pada baladiyah).Jadi jangan habiskan tenaga dan masa anda bercakap kosong dengan dia,sebaliknya cuba selesaikan sendiri.Masa habis,penat pun boleh tahan,air tak masuk-masuk lagi.(Tapi dapat practise cakap arab kan.huhu.)


Kalau korang dah pastikan air takde sebab tangki bawah kosong(baladiyah tak hantar air) dan takde orang nak tolong korang isi air kat tangki atas tu,jangan sedih2.Kat sini,ada satu perkhidmatan mengisi air yang disediakan oleh tank(baca ikut arab tank untuk mufrad/satu,tanaki untuk jama3/banyak).


Jadi kalau anda berhajat untuk mengisi air menggunakan tank,berikut adalah step-stepnya :

1-Pertama sekali pastikan anda tahu saiz tangki air rumah anda berapa besar.(1.5m,2m,3m,4m, dan sebagainya) sebab jenis-jenis tank yang ada berbeza-beza.Korang boleh tanya sahib rumah,haris atau orang yang berpengalaman dia boleh agak(tapi ketepatan kurangla sikit,namapun anggaran kan)

Katakan kalau tangki anda bersaiz 2m,anda tak boleh beli air 2m sahaja.Kena beli dari pakcik tu tank penuh(Ni berdasarkan pengalaman yang tak seberapa ni.Tak tahu pulak kalau ada pakcik yang bagi beli tak penuh).Jadi kalau beli tank 3m,anda ada lebih lagi 1m (3m dari tank tu,2m korang isi dalam tanki korang.Jadi adalah lebih 1m kan?).Untuk mengelakkan pembaziran air dan penjimatan kos,pakat-pakatlah dengan jiran rumah anda.Ni lah masanya menunjukkan keprihatinan korang pada jiran tetangga kan(walaupun sebenarnya nak jimat duit).

2-Lepas dah pilih pakcik tanki yang sesuai,korang pun call lah dia.Cerita sikit kawasan rumah korang kat mana(sebelum call tu,practise dulu cakap arab untuk menjimatkan kredit dan memudahkan pakcik tu untuk faham).Kalau dia tak faham-faham juga,janjilah jumpa kat simsimah ke mana-mana,pastu korang bawa dia datang bangunan korang.Ni kalau dah susah sangatla.

3-Pastu bila dia dah sampai,korang naik atas sutuh ambil paip dia dan isi tangki korang(jangan tersilap tangki orang lain.).Waktu ni amat penting ye kengkawan!!Sila ambil perhatian.

Isila masa 10-15minit isi tangki itu dengan memuji Allah.Oh seronoknya tengok air banyak..bahagia.

4-Pastu bayar la beb.Jangan buat tak tahu pulak.


Ini antara no-no tank yang korang semua boleh guna:

Mahmud - 0776275560
3Imran - 0786368210
Abu ala' - 07777210327

*Ni tank 3 meter.Kecuali Abu Ala' yang charge 10JD untuk 3m,3imran dan Mahmud charge 12JD.Tapi setakat ni,Abu Ala' ada buat problem sikit dengan aku sebab dia janji tapi tak datang-datang haritu.(tak berniat mengumpat,untuk mengelakkan anda menghadapi masalah.Tapi mungkin haritu dia ada hal kot.Sape nak try,dipersilakan.No offense ye abu ala';p)

Abu Jihad - 0788454097
*Ni tank 4 meter.Rasanya 4m 15JD kot.

Kalau ada masalah apa-apa,silalah call ajk PP Permai Zhafirul ikip-0779837048(ni iklan free ni pirul).Yang akhawat call la ajk pp akhawat ok.Pirul tengah rilek tunggu khirij tu,bolehla tolong-tolong ek pirul.Ha ha!Ok tu je kawan-kawan sekalian.Harap dapat membantu.

Pengajaran utama entry ini adalah banyak-banyakla kita bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi ni.Kadang-kadang kita ni asyik nak marah je,Allah tarik nikmat cuti satu je(batch aku ramai kena postponed exam bai),tapi nikmat lain Allah bagi banyak lagi.Tapi yang satu tu juga kita asyik ulang-ulang.Orang kat tempat lain banyak lagi yang takde air!



Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-hambaMU yang selalu terlupa nak bersyukur ni.Sebab tu antara doa yang nabi s.a.w. ajar,nabi s.a.w. minta Alllah bantu untuk kita ni bersyukur sebab kita ni selalu terlupa nak bersyukur.

Kalau ada yang kurang tepat ni,tolong betulkan ye.Aku cuma kongsi apa yang tahu je ni.Doakan kitorang yang tengah exam ni dapat jawab dengan cemerlang dan balik dengan selamat insyaAllah ok.Sekian wassalam.
Click here bai to read more On "Nikmat air terbaekk!"!

the 'Hashimoto' legacy


Beliau merenung jauh.Kelopak matanya dikecilkan sekecil-kecilnya hingga menyerupai 'ali baba'.Beliau menggerutu sendirian dalam hati.

"beta nk makan cempedak",air liur beliau meleleh.Nafsu makan membuak-buak.Tangan beliau mula terketar-ketar.

"Menteri!!!...ooo pak menteri!!!",suara berlemak beliau menggegarkan istana.Pak menteri datang tergopoh-gopoh.Lambat menghadap maknanya potong gaji, paling kurang kena pecat.Kalau kena pecat tak boleh kutip rasuah.Tak boleh rasuah maknanya miskin.Pak menteri tak reti nak buat kerja raktyat jelata, jadi kena pertahankan jawatan.

"Kumpulkan beta semua cempedak yang ada di negeri ini....beta nk pilih sebab beta nak makan...bahaya kalau perut beta berbunyi...datang tulah nanti",ujar beliau dengan serius.Alasan yang cukup bernas dari beliau.Maklumlah raja dari bani Hashimoto memang bijak-bijak.

"err tuanku...petani dan peniaga semuanya sibuk dengan urusan mengurus cempedak tuanku...mana ada 'time' nak tolong tuanku",menteri cuba menyampaikan kondisi rakyat.Kenalah bagi tau...esok lusa boleh jadi modal kempen untuk pilihan raya nanti.

"senang je...isyhtihar cuti!!!",raja sengih bangga,hidung kembang besar,besarnya lubang hidung tu sampai ibu jari kaki pun boleh sumbat.

"tapi nanti mereka rugi...tak de 'income' ",dahi pak menteri berkerut.

"eh betakan raja...i have the power tawww datuk"...

pak menteri akur dan titah raja pun dilaksanakan... Click here bai to read more On "the 'Hashimoto' legacy"!

JUST 'Kesayanganku'

kesengalan Jordan University of Athiq Marzuki terbukti buat kali ke'lapan' dengan songeh yang terbaru menangguhkan exam. Final exam Medical Ethics (MED362) yg sepatutnye hari Rabu 10/6/2009 dah ditangguhkan ke 18/6/2009. dan tiket balik mesia kite pulak 17/6..SENGALL


Soklan cepumas ala2 ethics, Ape yang perlu kite buat??:

A. Serahkan pada Athiq untuk settlekan
B. Serahkan pada Athiq untuk settlekan
C. Serahkan pada Athiq untuk settlekan
D. Serahkan pada Athiq untuk settlekan
E. Amik exam takmili(repeat paper) Click here bai to read more On "JUST 'Kesayanganku'"!

Deeper Conversation



Jom petik2.bukan chord original rasenye.yuna blom release lg.

Yuna - Deeper Conversation Chord


Em

Is your favourite colour blue?
A D
And do you always tell the truth?
Em
Do you believe in outer space?
A D
I’m learning you


Em
Is your skin as tan as mine?
A D
Does your hair flow side ways?
Em A
Did someone take a portion of your heart?
D
Now I’m learning you


[Chorus]
Em
And if you don’t mind can you tell me all your hopes & fears
A
And everything that you believe in
D D
Would you make a difference in the world
Em A
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Bm
Only you can make me….


[Bridge]
Em A
I’ve let my guard down for you
Em A
And in time you will too


*sumber : http://www.noktahhitam.com/yuna-deeper-conversation-cover-chords.html


Click here bai to read more On "Deeper Conversation"!

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template