Jom balek msia!




Assalamualaikum w.b.t.

Ye..cuti soifi datang lagi dengan nikmat balik malaysia.Lagi-lagi cuti kali ini,yang mana hampir majoriti semua warga irbid akan pulang ke malaysia.Jadi sebelum nak balik,kenalah nak pergi airport kan?memandangkan mak ayah kita takde disini untuk menghantar kita ke epot,maka kita semua terpaksalah berusaha sendiri untuk pergi.Jadi entry kalini sekadar entry ringkas untuk semua yang nak pergi airport mudah-mudahan ada manfaatnya insyaAllah.

Jadi ada beberapa jenis kenderaan untuk anda semua pergi ke airport.Bergantung kepada bilangan korang,kuantiti bag,budget dan sebagainya.Saya sekadar nak berkongsi beberapa cara untuk ke airport.



1-Kereta sewa atau teksi.

Kalau korang nak balik sorang-sorang,macam tak berbaloi pula nak sewa coaster kan?Jadi korang bolehla nak sewa teksi,sarfis atau kereta sewa.Sepengalaman saya yang tak berpengalaman ni,range harga untuk kategori ini adalah dalam 25-35 JD.Bergantung juga pada kemahiran anda semasa menetapkan harga dengan pemandu tersebut.Antara nombor yang boleh dihubungi :

Teksi Nasir Abu Lais - 0788874713
Abu Usamah Dalki - 0788097756

Anda nombor-nombor lain.Tapi pasal dah lama tak guna,tak tahu dah range harga diorang sekarang ni berapa.

2-Van dan MPV.

Kalau korang balik dalam 3,4 atau 5 orang,dan beg banyak,bolehla guna MPV atau van pasal kalau naik kereta nanti bag tak muat.MPV tidak dinafikan lebih selesa daripada van.Tapi,kalau kos selalunya van lebih murah.MPV boleh letak 5 orang dengan selesa berbanding van yang selalunya untuk 4 orang sahaja.Biasanya anda dikenakan caj antara 40 hingga 50 JD untuk van dan mpv ni.Tapi tak tahulah kalau harga sekarang dah lain.Jadi,kalau anda perlukan van atau mpv,bolehlah cuba menghubungi no-no berikut :

Van Anwar : 0777756592
Van Muhammad : 0777312441
Abu Muhammad MPV :0795074261,0779687317



3-Coaster.

Kalau anda balik satu flight bersama dengan orang kampung semua,jangan memandai sewa teksi nak sumbat 15 orang satu teksi.Untuk coaster,biasannya ada 22@24 tempat duduk.Tapi sebab nak letak bag lagi,jadi agak-agakla untuk satu coaster tu dalam 10 hingga 15 orang.Harga semasa untuk airport ni saya pun tak berapa nak pasti.Tapi rasanya masih bawah 100JD.Anda kena kreatif dan rajin membuat survey sebelum memilih.Memang ada orang yang pernah berjumpa dengan coaster yang ambil upah 60JD,ada yang 80 dan ada juga 90.Jadi,terpulanglah kepada anda.

Coaster Haitham : 0777072864
Coaster Abu Zaitun :0795411583
Coaster Abu Khalil : 0777771484
Coaster Abu Hasyim :0795798320


Sedikit tips cadangan bagi mereka yang nak ke airport.

1-Call awal pakcik yang anda berhajatkan kepada khidmat mereka.Call lagi sehari sebelum,beberapa jam sebelum atau sebelum-sebelum hari yang dijanjikan untuk mengelakkan pakcik tersebut lupa.Kita semua manusia.Jangan bila dia dah terlupa baru nak *&^%&*$#.Apalah gunanya jika nasi sudah menjadi bubur.Anda tidak rugi pun untuk call sekali lagi bagi memastikan perjalanan anda lancar.

2-Semasa call mula-mula,sebut dengan jelas destinasi tujuan,masa bertemu,tempat bertemu,bilangan penumpang dan harga yang anda sepakat.Elakkan daripada membiarkan perkara-perkara ini menjadi kabur dengan menggunakan perkataan seperti

"geddeish biddak ya 3ammu?" (Awak nak minta berapa ya pakcik?)
"mafi mushkilah..khairan insyaAllah..la takhaf,insyaAllah tkun rakhisah" (Takde masalah..Semuanya baik insyaAllah..Jangan takut,tak mahal insyaAllah)

*perhatikan disini,harga tidak disebutkan dengan jelas.Kalau sampai di airport,tiba-tiba pakcik tu minta bayaran yang tinggi,baru anda mahu menangis.

3-Jangan lambat.Sepanjang pengalaman saya,pelajar melayu memang selalu tidak menepati masa yang dijanjikan walaupun kita sendiri yang menetapkan waktu tersebut.Perjalanan ke airport mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.Kalau boleh,silalah bertolak 4 jam setengah atau 5 jam sebelum waktu berlepas bagi memastikan anda berada di zon selamat.Contohnya jika flight anda jam 5 petang,silalah bertolak jam 12 setengah atau 1 petang untuk memastikan anda dapat sampai di airport jam 3 petang.

4-Memperbanyakkan doa dan tawakkal kepada Allah s.w.t. supaya perjalanan lancar dan tiada masalah.Ini sepatutnya no1,tapi terletak kat bawah ni pula.Tiada zat di langit dan di bumi ini yang lebih berkuasa daripada dari Allah.Gabungan antara usaha kita+doa+tawakkal insyaAllah akan menghasilkan perjalanan yang selamat,lancar dan diberkati Allah insyaAllah.

Sekian post saya untuk anda semua.Penulis tidak bertanggungjawab diatas apa-apa masalah yang anda hadapi kerana saya bukanlah sangat-sangat berpengalaman di dalam bidang ini...huhu..Sekadar perkongsian untuk anda semua.Walaubagaimanapun,jika anda beroleh manfaat darinya silalah mendoakan kebaikan serta kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat untuk penulis dan para budak2ngeteh sekalian.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa kemusykilan,bolehla bertanya kepada mana-mana budak2ngeteh yang hot mahupun tidak,juga kepada mana-mana warga irbid yang lain.Yang terlebih eloknya tanyalah kepada JKK PERMAI yang berkaitan.

Warga budak2ngeteh.blogspot.com mengucapkan selamat pulang,selamat bercuti,selamat berpesta ibadah di bulan ramadhan dan selamat hari raya aidilfitri.

Sekian wassalam w.b.t.Selamat!

7 comments:

zulai said...

rakan2 naik sariyah jer....hehe

doraemong said...

nk lg murah n xkne tipu = bas hijazi+sariyah..klo kne tipu gak xpyh balek

nak balek. said...

bape total bas hijazi+sariyah?

puapuapua said...

2..

nak balek. said...

total harga yang kene byr lah.
aduh.

pengguna sariyah said...

hijazi 1.60jd atau 1.75jd..ak pn x ingat..ame x g amman
pastu sariyah 3jd..
nak g mujamma' amman jadid 1jd...

Anonymous said...

huwa..huwa..huwa...
nk blk mesia...
windu.....

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template