Nikmat air terbaekk!



22. Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka Dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu Yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.

Surah Al-Hijr,ayat 22



Assalamualaikum warga irbid sekalian(entry umum)

Entry kalini nak mengajak kita semua fikir-fikir sikit tentang nikmat yang Allah bagi pada kita ni.Antara banyak-banyak nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. ,tidak dapat dinafikan antara yang paling perlu kita syukuri adalah nikmat air.Lebih-lebih lagi dengan keberadaan kita di bumi Jordan yang tak berapa banyak air ni amatlah dirasakan nikmatnya air tersebut.Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.


Sebagaimana yang semua orang maklum,waktu-waktu soifi ni memang ada sesetengah bangunan yang akan mengalami masalah air takde.Sebelum pergi lebih detail,meh dengar dulu sistem pengairan biasa di Jordan ini.Melalui maklumat dari pakcik-pakcik yang buat bangunan,haris-haris,dan sahib rumah di sekitar syari3 jamiah ni,diorang cerita biasanya untuk semua bangunan ada 2 tangki.Satu tangki bawah tanah,satu lagi tangki yang kat atas(sutuh).Jenis-jenis tangki yang ada berbeza-beza mengikut jenis bangunan,pattern dia,bila bangunan tu dibuat dsbnya.Ni cerita ringkas je bab ni supaya semua orang tak pening ok.Lagipun kebanyakan orang dah tahu kan.


Air dari tangki bawah tanah tersebut dihantar oleh jabatan air(baladiyah),dan daripada tangki tu kita pun pam guna motor naik tangki atas.Masalah yang biasa berlaku adalah bila tangki bawah tu takde air sebab baladiyah tak hantar.Ada yang air tak sampai langsung,ada yang air dihantar sikit je dan jenis-jenis masalah lain.Kebiasannya air dihantar hari sabtu,isnin dan khamis(ikut kawasan masing-masing.So ambillah tahu bangunan sendiri punya bila supaya senang check air).Ok,sekarang baru start cerita entry kita ni.

Jadi bila air takde,sebelum anda mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan $%#&*^(@>?" ,jom istighfar dulu dan baca entry ni sampai habis.



Apa yang perlu anda buat bila tiada air?

Call haris/sahib bangunan,pastikan dulu apa masalahnya.Kalau haris boleh settlekan sendiri,bagi je lah dia uruskan.Korang kena bezakan masalah yang ada samada motor rosak,paip rosak,air kena curi,dan lain-lain.


Ada jenis sahib/haris yang tak nak terlibat dan meletakkan kesalahan semata-mata pada baladiyah(kalau masalah pada baladiyah).Jadi jangan habiskan tenaga dan masa anda bercakap kosong dengan dia,sebaliknya cuba selesaikan sendiri.Masa habis,penat pun boleh tahan,air tak masuk-masuk lagi.(Tapi dapat practise cakap arab kan.huhu.)


Kalau korang dah pastikan air takde sebab tangki bawah kosong(baladiyah tak hantar air) dan takde orang nak tolong korang isi air kat tangki atas tu,jangan sedih2.Kat sini,ada satu perkhidmatan mengisi air yang disediakan oleh tank(baca ikut arab tank untuk mufrad/satu,tanaki untuk jama3/banyak).


Jadi kalau anda berhajat untuk mengisi air menggunakan tank,berikut adalah step-stepnya :

1-Pertama sekali pastikan anda tahu saiz tangki air rumah anda berapa besar.(1.5m,2m,3m,4m, dan sebagainya) sebab jenis-jenis tank yang ada berbeza-beza.Korang boleh tanya sahib rumah,haris atau orang yang berpengalaman dia boleh agak(tapi ketepatan kurangla sikit,namapun anggaran kan)

Katakan kalau tangki anda bersaiz 2m,anda tak boleh beli air 2m sahaja.Kena beli dari pakcik tu tank penuh(Ni berdasarkan pengalaman yang tak seberapa ni.Tak tahu pulak kalau ada pakcik yang bagi beli tak penuh).Jadi kalau beli tank 3m,anda ada lebih lagi 1m (3m dari tank tu,2m korang isi dalam tanki korang.Jadi adalah lebih 1m kan?).Untuk mengelakkan pembaziran air dan penjimatan kos,pakat-pakatlah dengan jiran rumah anda.Ni lah masanya menunjukkan keprihatinan korang pada jiran tetangga kan(walaupun sebenarnya nak jimat duit).

2-Lepas dah pilih pakcik tanki yang sesuai,korang pun call lah dia.Cerita sikit kawasan rumah korang kat mana(sebelum call tu,practise dulu cakap arab untuk menjimatkan kredit dan memudahkan pakcik tu untuk faham).Kalau dia tak faham-faham juga,janjilah jumpa kat simsimah ke mana-mana,pastu korang bawa dia datang bangunan korang.Ni kalau dah susah sangatla.

3-Pastu bila dia dah sampai,korang naik atas sutuh ambil paip dia dan isi tangki korang(jangan tersilap tangki orang lain.).Waktu ni amat penting ye kengkawan!!Sila ambil perhatian.

Isila masa 10-15minit isi tangki itu dengan memuji Allah.Oh seronoknya tengok air banyak..bahagia.

4-Pastu bayar la beb.Jangan buat tak tahu pulak.


Ini antara no-no tank yang korang semua boleh guna:

Mahmud - 0776275560
3Imran - 0786368210
Abu ala' - 07777210327

*Ni tank 3 meter.Kecuali Abu Ala' yang charge 10JD untuk 3m,3imran dan Mahmud charge 12JD.Tapi setakat ni,Abu Ala' ada buat problem sikit dengan aku sebab dia janji tapi tak datang-datang haritu.(tak berniat mengumpat,untuk mengelakkan anda menghadapi masalah.Tapi mungkin haritu dia ada hal kot.Sape nak try,dipersilakan.No offense ye abu ala';p)

Abu Jihad - 0788454097
*Ni tank 4 meter.Rasanya 4m 15JD kot.

Kalau ada masalah apa-apa,silalah call ajk PP Permai Zhafirul ikip-0779837048(ni iklan free ni pirul).Yang akhawat call la ajk pp akhawat ok.Pirul tengah rilek tunggu khirij tu,bolehla tolong-tolong ek pirul.Ha ha!Ok tu je kawan-kawan sekalian.Harap dapat membantu.

Pengajaran utama entry ini adalah banyak-banyakla kita bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi ni.Kadang-kadang kita ni asyik nak marah je,Allah tarik nikmat cuti satu je(batch aku ramai kena postponed exam bai),tapi nikmat lain Allah bagi banyak lagi.Tapi yang satu tu juga kita asyik ulang-ulang.Orang kat tempat lain banyak lagi yang takde air!



Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-hambaMU yang selalu terlupa nak bersyukur ni.Sebab tu antara doa yang nabi s.a.w. ajar,nabi s.a.w. minta Alllah bantu untuk kita ni bersyukur sebab kita ni selalu terlupa nak bersyukur.

Kalau ada yang kurang tepat ni,tolong betulkan ye.Aku cuma kongsi apa yang tahu je ni.Doakan kitorang yang tengah exam ni dapat jawab dengan cemerlang dan balik dengan selamat insyaAllah ok.Sekian wassalam.

3 comments:

armadillo said...

mahal jugak ye air utk 3 meter. syukur giler rumah aku takde masalah air

Gajoh Kenit said...

bagus...bley tumpang mandi
umah kt ner???

syphoon said...

yup, abu jihad 4m. la ni still JD15 utk 4m, tapi biasa soifi dia tambah charge sedinar, jadi la JD16.

tahun lepas soifi, bangunan Abu Muhammad mmg air tak masuk. tiap-tiap minggu call tanker.

kopak beb.

adeh...

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template