Warkah Buat Sahabat


Kisah tersangkut di Thailand dalam proses, tinggal nak pilih gambar yang sesuai untuk diupload.-Penulis










Gambar hiasan.2 orang sahabat yang disayangi di makam Habib al-Najar. Abeaji dan Pidah.

Dia bertanya aku. Waktu itu, kami sedang menghirup udara nyaman di belakang tandas surau. Sambil menikmati kehijauan sekitar Bukit Mahkota.

''Kapal apa yang paling kuat?''

''Kapal selam.'' Kapal selam dapat menahan tekanan yang tinggi di bawah paras laut.

''Salah. Ada lagi yang lebih kuat.''

''Kapal korek?''

''Salah.''

''Jadi, apa?''

''Friendship.'' Friend=kawan, ship=kapal tetapi friendship=persahabatan.

Betul. Sekuat-kuat kapal selam pun akan hancur juga dimakan karat, ditelan zaman. Tapi, persahabatan sejati akan bertahan, kekal hingga kiamat, insyaAllah.
''Hubungan persahabatan tidak sepatutnya menjadi hubungan songsang.''
Kami anti songsang. Ke arah hidup yang lebih sihat dan bermakna.







Apa maksud sahabat?

Kalau anda bertanya orang Arab, mereka mungkin mengatakan bahawa sahabat itu shodeeq. Berasal daripada kata akar yang sama, kalimah shiddeeq dan shodiq juga membawa maksud yang signifikan. Membenarkan dan jujur. Sahabat yang sejati akan berlaku jujur dan berbaik sangka dengan sahabatnya. Dan jangan lupa kalimah shodaqah, juga berasal daripada kata akar yang sama. Menjadi sahabat tak bererti untuk menerima, tetapi untuk memberi. Seperti sedekah.

Orang Arab juga menggunakan perkataan shohb untuk merujuk kepada sahabat. Ibarat shohib(pemilik), sahabat anda sebenarnya memiliki anda dan begitulah sebaliknya. Saling memiliki tanggungjawab. Menuntun ke jalan yang benar sebaiknya. Atau setidak-tidaknya jangan meracuni pemikiran mereka. Nak buat jahat, buatlah seorang diri dan kalau nak buat baik, biarlah berjemaah. Begitulah kata seorang 'pujangga' ketika memberi nasihat.

Tanya pula orang Turki, apa maksud sahabat. Mereka mungkin akan mengatakan arkadaş. Kalimah arkadaş mempunyai sebutan seakan-akan kardeş yang bererti saudara. Benar. Hubungan antara sahabat itu ibarat hubungan persaudaraan. Kalimah ahbap berkongsi penggunaan yang sama. Tapi, ia mempunyai maksud yang lain iaitu benih. Benar. Benih-benih persahabatan bertunas menjadi buddy(kalimah Inggeris, bud=tunas, buddy=mesra/sahabat).

Dalam bahasa Inggeris, orang yang peramah dipanggil friendly. Diambil daripada kalimah friend. Kadang-kadang ada orang yang pendiam dalam satu kelompok masyarakat, tapi berubah menjadi peramah ketika bersama sahabat. Tiadalah istilah 'Teman Tapi Mesra'. Yang ada hanya 'Teman dan Mesra'.

Ami(bahasa Perancis) tetap sahabat biarpun dia datang dan pergi menjadi amigo(bahasa Sepanyol dan Filipina). Sahabat itu datang dan pergi. Tiada yang menemankan anda sebagai temen(bahasa Indonesia) sepanjang waktu. Hargailah persahabatan tatkala bertemu.

Walau pelbagai bahasa, tetap membawa maksud yang sama.

''Musti dosti karoge?''

13 comments:

doraemong said...

xbole blah juan pablo menulis..haha..siapkn gak psal stranded tu bai

zulai said...

gambar tu kat turkey ker???
mantap giler artikel pablo

Juan Pablo said...

tu kat turkey kot.masa perjumpaan jpa.pidah dgn usop jalan.

kalo pidah baca terharu tak? hehe

Juan Pablo said...

tu kat turkey kot.masa perjumpaan jpa.pidah dgn usop jalan.

kalo pidah baca terharu tak? hehe

doraemong said...

ko sroh die bc.tgk die terharu ke x

Guest said...

bukit mahkota tue kat kluang, johor kan???
juan pablo ni skolah kat kluang ke?

zulai said...

juan pablo rakyat sejati johor....
rumah,skola ren-skola men,matrix..semua kat johor...

Juan Pablo said...

guest

memang aku sekolah kat kluang.sedara guest ni apasal pemalu sgt,letak link tv3 pulak tu.mana tau kita ni kenal.

zulai
aku penah dpt matrix johor tp tak pg pun

p/s johor tak semestinya umno,kelate tak semestinya pas,penang belum tentu dap

mUneer said...

artikel yg penuh makna
menggunkan kaedah lughoh dlm entry ni


aku tepuk tgn utk ang juan pablo
artikel yg berjaya
syabas..hua hua

doraemong said...

jap..

musti doste karoge ke..

bkan mujhse dosti karoge?

Juan Pablo said...

aah la.aku silap.baru dgr balik tadi.

dah 10 tahun aku hapal benda yg sama.

yg lain betul kot pasal aku guna google translator.

Juan Pablo said...

rujuk di sini http://www.youtube.com/watch?v=JhlUTK7JF9s&feature=related

. said...

ces la xleh bla.

layan hidustan tu juan pablo.

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template