Menjadi hot di hari jumaat!!




Assalamualaikum w.b.t. ,

Mudah2an saudagar-saudagar ngeteh dan tetamu-tetamu sekalian sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t. hendaknya.

Kalini saya nak tulis sikit (copy paste je pun) tentang amalan2 yang disunnatkan dilakukan pada hari jumaat.Persediaan untuk esok ni beb.Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk para pembaca semua insyaAllah.


1)Mandi sunnat hari jumaat.

Mandi dah memang amalan rutin harian kita setiap hari,lagi-lagi musim panas ni kan.Dari kita mandi saja2 nak hilangkan panas,lebih elok kita jadikan mandi kita sebagai amalan soleh dengan meniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t.Antara contohnya adalah dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w. selaras dengan sabda baginda yang bermaksud :

"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat,maka mandilah"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


2)Menghias diri,memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.

Kalau kita pergi jamiah hari-hari biasa boleh je pakai smart2 kan,inikan pula hari jumaat yang umpama hari raya untuk minggu tersebut.So kalau boleh esok kita pakai extra smart untuk pergi solat jumaat sebab kita nak pergi 'jumpa Allah' ni.

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)"


3)Memotong kuku.

Islam sebagai agama yang mementingkan kebersihan dan kekemasan memang sangat sesuai dengan fitrah manusia.Apa cerita doktor ngan dentist tak potong kuku beb?Buat malu je.

"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)





4)Membaca surah al-Kahfi

Ha..ni penting ni beb.Kalau terlepas memang rugi bai.Dah seminggu dengar lagu semangat yang hilang,hari jumaat kita dengar@baca quran pulak beb.

"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)



5)Memperbanyakkan doa.

Yang ni tak payah tunggu hari jumaat pun takpe.Memandangkan exam pun dah dekat ni,dah tadah tangan nak doa tu doala sekali untuk member-member lain.Barula jadi member terbaeek beb!


6)Berselawat keatas nabi s.a.w.

Sollu 3alan nabi!Allahumma solli 3ala sayyidina muhammad wa 3ala alihi wasahbihi ajma3in.



7)Datang masjid awal.

Sabda Rasulullah s.a.w. : " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah."

Asyik-asyik datang lambat duduk belakang.Sekali-sekala kita try datang awal duduk sembahyang saf awal,baru hot bai.Unta,lembu,kambing,ayam mahupun telor?anda yang tentukan...hehe.


8)Malam esok kita pg ngeteh.
Haha..ni saya tambah sendiri.Kira kita niat rapatkan ukhuwah bolehla...kan3?


Gambar ni bajet melambangkan ukhuwah la.


Ha cukupla 7 untuk minggu ni.Minggu depan orang lain sambung pula.Nak menunggu bang budin membuat kemunculan entry sulung ni..Asyik bising atas padang je..Hehe.

Saya doakan mudah-mudahan kita semua dapat usahakan jumaat esok dan yang mendatang menjadi jumaat yang terbaekk insyaAllah!Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang bergaya lagi 'hot' pada hari jumaat esok insyaAllah.

p/s 1 : Tawaran derma terbaekk masih dibuka.Sape2 nak derma boleh pass direct atau pada arep atau mana2 budak ngeteh ok.Derma yang budin kutip tu pun jangan lupa pass pada budin sebelum esok ok.Selamat.

p/s 2 : Kalau-kalau ada antara hadis atas yang dhaif tolong bgtahu ye.Kitorang tak pro ilmu hadis ni.

p/s 3 : Lupa nak masukkan kat atas.Lagi smart kalau hujung minggu dihiasi dengan menghadiri kelas tafaquh permai.(ngeteh di kelas tafaquh ;p..tp minggu ni syabab takde kan?)Apapun selamat beramal!

Kredit :
http://hanieliza.blogspot.com/2009/02/amalan-sunat-hari-jumaat.html
http://nuraiman.wordpress.com/2008/04/02/antara-amalan-amalan-terbaik-di-hari-jumaat/

11 comments:

Juan Pablo said...

lu memang mantap bai pasal tulis entri yang serba hot ni

gua tau hati budak2 ni termasuk gua meronta2 nak jadi hot(dalam ertikata lu) tapi malas dan tak semangat sering menjerut diri-diri kami

semoga artikel lu dapat menyedarkan gua dan rakan2 serta menjadi wasilah kepada hidayah

p/s kalau lu tak nampak gua masa jumaat kat masjid jamiah sila bersangka baik yang gua solat di abdullah tal

rimbun pohon said...

Eh..abang juan pablo memang mantap.Kalau subuh tak nampak kat masjid jamiah mahupun masjid abdullah taal,sila bersangka baik mungkin dia sembahyang di masjid fayhaa'.=)

zulai said...

mari bersama-sama meningkatkan amalan....

Anonymous said...

Rahmatilah Aku

Rahmatilah aku agar aku menjadi hot
Tanpa rahmatMu tidak hotlah aku

Rahmatilah agar aku menjadi sempurna
Dari benih menjadi gandum
Dari benih menjadi pokok

Rahmatilah aku agar aku menjadi suci
Dan syairku ini bukan hanya omongan kosong

Rahmatilah aku agar aku berubah sifatku
Yang buruk aku tinggalkan
Yang baik aku tambahkan

Irbid 250pm

Diolah dan ditulis semula mengikut kesesuaian dari syair Nizar Qabbani

http://www.damascus-online.com/poems/Nizar/Qooli.htm

rimbun pohon said...

Supaya pembaca-pembaca lain tak terkeliru pasal tak biasa dengar budak2 ngeteh bual,menjadi hot disini bermaksud mendapatkan redha Allah ye kengkawan..bukan hot tak tentu pasal..Tq anonymous,syair yang sedap.

Anonymous said...

sama2 ABG rIMbun

Anonymous said...

dngrlah kawan2,
sungguh mudah menjadi hot,
tp bkn senang utk hot selama2 lamanya,
maukah kit hot di dunia??
ataupon hot dineraka??
apa2 pon pikirkanlah..


::rotob dan syai sedap dimakan hot2::

faiQ nabiL said...

aduih..mg hot2 di hari jumaat nih..
insyaAllah..

p/s: gambar ukhwah paling tak boleh tahan..haha

Anonymous said...

salam, nk pebetolkan tjok cket..menjadi hot "pada" hari jumaat ye kwn2...bukan di...
pada = arah+tempat+masa
ok tu je...jom mari kte jadi HOT! pada hari jumaat..
waallahua3lam.

anonymus tak skema bahasa said...

skema gile anonymus..tu pn nak betulkan..

Gajoh Kenit said...

ok la tu btolkan tatabahasa...aku pn x tau p'gunaan pada tu cam ner

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template