Assalamualaikum w.b.t. ,
Mudah2an saudagar-saudagar ngeteh dan tetamu-tetamu sekalian sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t. hendaknya.
Kalini saya nak tulis sikit (copy paste je pun) tentang amalan2 yang disunnatkan dilakukan pada hari jumaat.Persediaan untuk esok ni beb.Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk para pembaca semua insyaAllah.
1)Mandi sunnat hari jumaat.Mandi dah memang amalan rutin harian kita setiap hari,lagi-lagi musim panas ni kan.Dari kita mandi saja2 nak hilangkan panas,lebih elok kita jadikan mandi kita sebagai amalan soleh dengan meniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t.Antara contohnya adalah dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w. selaras dengan sabda baginda yang bermaksud :
"
Apabila datang kepada kamu hari Jumaat,maka mandilah"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2)Menghias diri,memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.Kalau kita pergi jamiah hari-hari biasa boleh je pakai smart2 kan,inikan pula hari jumaat yang umpama hari raya untuk minggu tersebut.So kalau boleh esok kita pakai
extra smart untuk pergi solat jumaat sebab kita nak pergi 'jumpa Allah' ni.
"
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)"
3)Memotong kuku.Islam sebagai agama yang mementingkan kebersihan dan kekemasan memang sangat sesuai dengan fitrah manusia.Apa cerita doktor ngan dentist tak potong kuku beb?Buat malu je.
"
Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4)Membaca surah al-KahfiHa..ni penting ni beb.Kalau terlepas memang rugi bai.Dah seminggu dengar lagu semangat yang hilang,hari jumaat kita dengar@baca quran pulak beb.
"
Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)
5)Memperbanyakkan doa.Yang ni tak payah tunggu hari jumaat pun takpe.Memandangkan exam pun dah dekat ni,dah tadah tangan nak doa tu doala sekali untuk member-member lain.Barula jadi member terbaeek beb!
6)Berselawat keatas nabi s.a.w.Sollu 3alan nabi!Allahumma solli 3ala sayyidina muhammad wa 3ala alihi wasahbihi ajma3in.
7)Datang masjid awal.Sabda Rasulullah s.a.w. : "
Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah."
Asyik-asyik datang lambat duduk belakang.Sekali-sekala kita try datang awal duduk sembahyang saf awal,baru
hot bai.Unta,lembu,kambing,ayam mahupun telor?anda yang tentukan...hehe.
8)Malam esok kita pg ngeteh.Haha..ni saya tambah sendiri.Kira kita niat rapatkan ukhuwah bolehla...kan3?
Gambar ni bajet melambangkan ukhuwah la.
Ha cukupla 7 untuk minggu ni.Minggu depan orang lain sambung pula.Nak menunggu bang budin membuat kemunculan entry sulung ni..Asyik bising atas padang je..Hehe.
Saya doakan mudah-mudahan kita semua dapat usahakan jumaat esok dan yang mendatang menjadi jumaat yang terbaekk insyaAllah!Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang
bergaya lagi 'hot' pada hari jumaat esok insyaAllah.
p/s 1 : Tawaran derma terbaekk masih dibuka.Sape2 nak derma boleh pass direct atau pada arep atau mana2 budak ngeteh ok.Derma yang budin kutip tu pun jangan lupa pass pada budin sebelum esok ok.Selamat.
p/s 2 : Kalau-kalau ada antara hadis atas yang dhaif tolong bgtahu ye.Kitorang tak pro ilmu hadis ni.
p/s 3 : Lupa nak masukkan kat atas.Lagi smart kalau hujung minggu dihiasi dengan menghadiri kelas tafaquh permai.(ngeteh di kelas tafaquh ;p..tp minggu ni syabab takde kan?)Apapun selamat beramal!
Kredit :
http://hanieliza.blogspot.com/2009/02/amalan-sunat-hari-jumaat.html
http://nuraiman.wordpress.com/2008/04/02/antara-amalan-amalan-terbaik-di-hari-jumaat/
Click here bai to read more On "Menjadi hot di hari jumaat!!"!