raya di padang pasir

raya kali ini memang raya yang paling sunyi dalam hidup aku memandangkan ramai sahabat yang pulang meraikan raya di malaysia bersama keluarga masing-masing. hanya bertemankan beberapa orang rakan senior dan segerombolan pelajar-pelajar baru yang tak pernah aku kenali, cukup membuatkan raya kali ini lebih suram dan kelam berbanding tahun-tahun yang lalu. kutuk, perli, gelak tawa itulah yang aku rindu sekarang.

buat rakan-rakan, izinkan aku memutar kembali memori kita bersama saat-saat awal permukiman kita di tanah tandus ini. waktu tahun satu, ketika masih hijau dengan dunia luar, umpama pucuk tunas baru menjengah keluar tanah, kadang-kadang memang rasa seronok. ingin mencuba benda baru, mencari rakan-rakan arab baru, solat tarawih dari satu masjid ke masjid yang lain, mencuba pelbagai makanan arab, kadangkala mengujakan.

memang sedih dan syahdu terasa saat itu, buat pertama kalinya beraya tanpa keluarga di sisi, tanpa mengucup mesra tangan ayahanda dan bonda. namun kehadiran sahabat yang senasib buat penawar rindu, sedikit terubat dengan keletah yang pelbagai. sama-sama bangun pagi, berkumpul bersarapan bersama, bermesra di masjid seusai solat raya, dan takbir di masjid pada malam hari. warna warni baju raya, ditambah dengan rumah terbuka menghidupkan kemeriahan suasana raya seperti di malaysia.

tahun 2, aku masih mengulang rutin yang sama cuma kurang sikit mode syahdu itu. alah bisa tegal biasa bak kata pepatah. yang bezanya bilangan pelajar melayu ketika itu bertambah ramai. naik tahun 3, sesuai dengan kedudukan rumah aku yang agak terpencil dengan komuniti melayu, raya aku bertambah sepi. ditambah pula dengan kepulangan satu-satunya jiran melayu yang aku ada ke malaysia, aku kurang semangat untuk beraya. aku bosan dan cuba mencari kelainan dengan beraya di rumah sahabat arab berbangsa badwi berdekatan dengan laut mati.

raya arab tidak meriah? meriah juga pada aku. mereka berpakaian segak, berkot dan bertali leher. ziarah-menziarahi juga ada. tapi sesama saudara mara. tak nampak pula aku budak-budak pengutip duit raya yang datang. arab-arab kampung memacu kuda di jalanan. siapa yang nak naik kuda? silakan ke kawasan isyarat iskan. juga syari' jamiah yang bertambah sesak dengan kehadiran ''rusa masuk kampung'' yang kadangkala membuatkan aku menyampah.

aku sedikit terpukul dengan pesan sahabat. terima kasih halfi. biar di mana kita sekalipun, biar dalam suasana apapun, biarlah semangat hari raya itu ada. itulah tanda kita meraikan kemenangan melawan nafsu di bulan puasa. berpakaian elok ke masjid, ziarah menziarahi sesama muslim itu sudah elok. menurut ustaz zaharuddin, muslim yang tulen akan berasa sedih dengan pemergian ramadan. entah ya entah tidak dapat bertemu lagi.

di kesempatan ini, ingin aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat rakan-rakan dan pembaca blog. mohon maaf kalau ada kesilapan,mohon berlapang dada andai tersalah bicara. mohon ampun sekali lagi kalau entri ini bosan.

sekian

12 am 1 syawal
syari' tulkaram
irbid Click here bai to read more On "raya di padang pasir"!

be yourself


‘’eh meon, kau apahal pakai mekap segala ni?dah macam pelacur dah aku tengok. malu la nak beraya rumah pak imam ni’’

‘’eiii, kan aku dah kata jangan panggil aku meon. minah paham tak?minah... dah berpuluh kali aku cakap taw’’

’’kau tu dah lelaki buat la macam lelaki’’

‘’hellooo, at least aku tak hipokrit macam kau taww.eleh pakai kopiah nak sembunyi tanduk la tue’’

‘’apa tanduk2 ni’’

‘’tanduk syaitan kau la.macam aku tak tau je kau tu tengok blue.hipokrit.be yourself, dude’’

‘’kau pun.be yourself’’

‘’hei, aku jadi diri aku la ni.aku pakai apa yang selalu aku pakai,aku buat apa yang aku selalu buat.tak macam kau.dah la hina nak berlagak alim pulak tu’’

‘’tapi kau boleh berubah, meon.orang yang berfikiran statik je yang anggap diri dia atau orang lain statik, tak boleh berubah’’

’’yer,tapi masalahnya aku tak berubah lagi.dan aku cuba jadi diri aku yang sebenar’’

’’siapa diri kau yang sebenar’’

’’apahal tanya?sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula’’

’’kau tu seorang pelajar lelaki muslim’’

‘’so,what ?’’

‘’sebagai pelajar, kalo kau nak jadi diri sebenar kau, kau kena study sungguh2 bukan asyik nak menyundal je.sebagai lelaki kau kena berperwatakan lelaki,bukan lembik sotong macam sekarang ni.dan sebagai muslim,kau kena taat perintah allah’’

‘’eleh,cakap tak serupa bikin’’

‘’sekurang2nya aku tak menegakkan benang yang basah.aku mengaku aku tengok blue dan aku mengaku benda tu salah.dan aku harap aku akan berubah jadi diri aku yang sebenar’’

‘’cakap je lebih’’

‘’sudahlah.jom kita pegi beraya terus.aku nak tengok pak imam sound kau pulak.nilah manusia zaman sekarang.orang cakap betul tak nak terima.nak tunggu aku jadi malaikat dulu la, baru kau nak terima cakap aku’’

‘’euuwww.sentap tau meks.uols ni memang nak kena’’ Click here bai to read more On "be yourself"!

Berkenalan Dengan Orang Sempadan

-Terima kasih kepada pembaca yang memperkenalkan diri sebagai ps kerana memberikan komen bermaklumat. Mula-mula aku ingatkan Hatay=Antakya, rupa-rupanya Antakya tu adalah daerah dalam Hatay

Antakya merupakan transit penumpang bas dari Syria ke Turki. Bagi penumpang bas awam, biasanya mereka akan tiba di Antakya menjelangnya fajar shodiq dan terpaksa menunggu bas seterusnya kira-kira 6 jam kemudian. Kepada para pengunjung, aku nasihatkan supaya tidur puas-puas dalam perjalanan kerana di Stesen Bas Antakya anda hampir tiada peluang untuk tidur secara normal kerana

1-Surau ditutup selepas subuh
2-Polis akan mengganggu tidur anda jika mereka mendapati anda berbaring di bangku

Bawalah buku apa-apa saja. Novel pun boleh. Atau cari saja teman berbual.

Bagi sesiapa yang boleh berbahasa Arab, aku fikir tiada masalah komunikasi bagi anda di sini kerana rata-rata penduduk di sini mahir berbahasa Arab. Sama seperti Melayu Patani yang boleh bicara bahasa Siam, Arab 48 yang boleh berbahasa Hebrew begitu juga dengan penduduk Antakya yang boleh bercakap dalam bahasa Arab dengan dialek Syria yang kadangkala menjengkelkan itu.

Disebabkan aku mengembara berseorangan, aku terpaksa berbual-bual dengan penduduk tempatan dan pemandu teksi bagi menghilangkan bosan dan mengurangkan air liur yang terperap dalam mulut.

Aku ada tanya apa bangsa mereka sebenarnya

Ada yang jawab

'' Aku orang Turki tapi berlidah Arab''

''Aku orang Arab. Atuk nenek moyang aku pun Arab. Tapi aku tinggal di Turki dan memegang kerakyatan Turki''

Ada juga yang peramah berkata begini

''Di sini, ramai orang asing yang dapat kerakyatan Turki. Macam sedara aku yang belajar di Maghribi kahwin dengan orang Taiwan dan tinggal di sini. Kau kahwin dengan orang Turki dan kau boleh dapat kerakyatan''

Oh. Tapi nak kena belajar bahasa Turki lagi.

''Bahasa Turkilah bahasa yang paling senang di dunia''

Oh.

''Kalau kau nak amek 2 kerakyatan pun boleh. Macam kami, ada yang kerakyatan Syria dengan Turki''

Aku pun cuba bakar beliau. Aku tanya, kalau Syria perang dengan Turki, kau nak sokong mana?

''Hahahaha. Kau ni. Zaman sekarang mana ada perang-perang ni''

Ceh. Mana tau kalau nak terjadi. Nampak sangat tak setia. Tak ada pendirian tetap.

Borak punya borak dan kami akhirnya sampai di Halab, Syria. Perjalanan dengan teksi tak sampai 2 jam. Harga? Teruskan membaca hingga akhir entri.

Situasi yang serupa di Halab. Masih ramai juga orang Arab yang pandai berbahasa Turki walaupun tak seramai orang di Antakya yang boleh berbahasa Arab. Di sana, aku sempat berkenalan, bersahur dan meminjam henpon seorang remaja Syria yang boleh bercakap dalam 4 bahasa; Turki, Arab, English dan French walaupun tak begitu lancar. Ada pakcik golongan Alawiyyin yang mengutuk pakcik Turki dalam bahasa Arab. Sekejap kutuk dalam Turkce. Mungkin sebab itu, pakcik tersebut senyap. Nasib kau lah. Jadi 'lauk' sahur diorang.

Tamat kisah tentang bahasa.

Aku berjalan bersama Abu Muhammad, penjual tiket Syarikat Bas Challenge selepas menunaikan solat subuh di masjid berdekatan. Di sekitar stesen bas itu, ada Muzium Halab, ada Citadel entah aku tak ingat nama dia dan beberapa kawasan pelancongan.

Abu Muhammad tanya aku.

''Berapa kau bayar mamat teksi yang hantar kau malam tadi''

100 Lira Turki.

''Tulah kau. Kalau kau naik teksi plat Syria, kau boleh dapat separuh harga''

Terima kasih atas maklumat, jawapan klise aku untuk situasi sebegini. Itupun aku terpaksa naik teksi sebab dah aku tiba di Antakya pukul 1 pagi. Waktu tu tak ada bas dan kebetulan aku seorang saja yang nak ke Syria. Nak tunggu sampai esok pagi malas.

Sekadar maklumat

-Bas dari Halab ke Amman, harga tiketnya 750 Lira Syria. Lebih kurang 7 jam nak sampai sempadan Syria-Jordan. Ingat, bas tersebut turun di Amman. Kalau anda tak nak diturunkan di Amman(untuk menjimatkan kos dan masa kononnya), anda mempunyai dua pilihan

1-Anda sendiri kena tahu sama ada bas tersebut melalui KAUH atau tidak kerana pemandu bas tak berapa maklum jalan sekitar Ramtha dan Irbid.

Atau

2-Anda tumpang saja kereta yang ada di sempadan. Bayaran sekitar 10JD-15JD hingga ke destinasi yang anda mahukan di Irbid.

p/s Grup klinikal dah keluar(bagi yang tak tau lagi). Kebetulan aku dapat sekumpulan dengan geng-geng teksi. Boleh pergi hospital sekali.





Click here bai to read more On "Berkenalan Dengan Orang Sempadan"!

Suatu Ketika di Adana

Perjalanan yang dijangka memakan masa selama 8 jam membuatkan aku serba tak keruan. Dari Konya ke Adana. Tidur tak dapat. Buku yang dihadiahkan oleh Halil Koparan hanya mampu ku tenung sahaja. Dalam bahasa Turki. Tak ada mood aku nak menyelak-nyelak kamus Turki yang aku pinjam dari Bro Faz. Lain kalilah aku baca, bisik hati kecil aku. Aku cuma dapat memerhatikan keindahan permandangan Turki dari dalam keretapi tersebut. Terubat jua kerinduan terhadap tanah air.

''$%^*&(*'' seorang pakcik Turki berkata sesuatu yang kurang aku fahami. Tangannya menghulurkan sebungkus biskut jenama Ulker kepada aku. Jenama tersebut agak terkenal juga di Jordan. Pada mulanya aku tolak, tapi kerana beliau berkeras maka aku terima juga. Dan biskut itu dimakan.....

.......oleh kawan-kawan aku di sini. Pok Mi dan Bro Faz.

'Tesekkur ederim, efendim'' . Aku sekadar berbasa-basi.

''Efendim. Ada... tak.... keretapi.... dari... Adana... ke... Hatay.... malam... ini?'' kata aku dengan Bahasa Turki dengan tersekat-sekat.

Mujur dia faham. Dia bangun dan pergi berjumpa dengan seorang petugas untuk bertanyakan hal tersebut. Perempuan muda yang duduk sebelahnya hanya senyap. Mungkin anak dia.

Kemudian pak cik itu datang kembali.

''Keretapi ada tapi hari Selasa, Khamis dan Jumaat''

Erk. Hari ini hari Ahad. Mana aku nak merempat satu hari. Dan yang penting, ada apa di Adana.

''Ada tak bas ke Hatay malam ni''

''^%*&(&*(^(&*('' Lagi sekali aku tak faham. ''Tamam'' aku sekadar meraikan.

Keretapi berhenti. Mereka berdua mengajak aku berjalan bersama. Katanya anaknya akan datang menjemput mereka. Aku ikut sahaja. Aku tak takut. Aku dah belajar taekwondo.

selama 3 minggu sahaja...

''Ne adiniz?'' tanya perempuan itu. ''Mehmet'' jawabku ringkas. Aku cuma nak mereka tahu yang aku ini Muslim. Manalah tahu kalau mereka juga Muslim. Dan baru sekarang aku tahu yang nama sebenar aku juga digunakan oleh orang Turki sebagai nama keluarga.

Aku cuba beramah dengan mereka. Si ayah namanya Erol dan anak gadisnya bernama Yomur. Tak dapat dipastikan mereka Muslim atau tidak. Yang pastinya Yomur itu wajahnya manis. Cuma tak bertudung. Rupanya mereka berdua baru pulang dari Istanbul kerana urusan pendaftaran Yomur di Universiti Perempuan Mermara. Pelajar bidang Fisioterapi. Oh, sekeretapilah kita tapi lain gerabak.

''Apa kata aku carikan kau teksi dan terus pulang ke Jordan''

Erk. Gila apa. Aku mana ada duit banyak nak naik kereta.

''Habis tu, ada pula kau duit nak jalan-jalan.

Pakcik, saya bawa duit sikit saja ni. Tidur pun di masjid dan rumah kawan.

''Ok. Kita pergi stesen bas sekarang''

Pak cik itu pun menahan bas dan kami sama-sama menuju ke Stesen Bas. Agak lawa stesen basnya. Lebih kurang macam Stesen Bas Batu Pahat. Cuma lebih bersih.

Kami berjalan menuju kaunter tiket bas syarikat HAS. Tiket yang ada pukul 9 malam. Bermakna ada lagi lebih kurang setengah jam untuk aku berambus dari Adana. Aku menyeluk saku untuk membayar tiket bas namun ditahan oleh pakcik Erol. Beliau menghulurkan wang kertas 50 lira untuk membayar harga tiket. Dan 20 lira diberi untuk belanja aku katanya. Bantuan beliau tak berakhir di situ. Beliau membelikan aku sandwich ayam serta air mineral. Amat baik hati.

''Iyi yolculuklar'' katanya sambil memeluk aku. Amat terharu. Menyesal pula aku tak cakap nak naik kereta tadi. Mana tahu dia nak bayar. Keh keh keh....

Entah dapat entah tidak nak berjumpa mereka lagi. Menyesal tak bagi e-mail.

Dan aku meneruskan pengembaraan dengan hati yang tenang......

Seperti biasa ada kuiz

1. Berapakah kadar tukaran Lira Turki kepada Ringgit Malaysia?
2. Bagi yang pernah naik bas syarikat HAS:
-berapakah harga tiket dari Adana ke Hatay(Antakya)?
-kenapa henpon tak boleh digunakan dalam bas?
3. Di manakah tempat untuk mendapatkan tiket keretapi di Istanbul?
4. Apakah tarikan pelancong yang terdapat di Konya?
5. Biskut jenama Ulker terdapat dalam perisa apa, yang banyak didapati di Irbid?
6. Bilakah waktu yang sesuai untuk mengucapkan 'afiyet olsun' dan 'allah rahmet olsun'? Click here bai to read more On "Suatu Ketika di Adana"!

Jalan-jalan Turkiye















Rumah cikgu yang aku tumpang semalam.bak kata pepatah abu bakar 'makan tanggung berak cangkung'















masjid di konya














muzium mawlana.ada makam mawlana jelaluddin seljukci kat dalam dengan peninggalan beliau.ada ney serta mashaf quran














cuba teka kat mana ni

post yang cukup2 syarat..dan gambar tak banyak diambil di sana.. Click here bai to read more On "Jalan-jalan Turkiye"!

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template