Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Pantun Tak Habis Ini Sila Sambung Sendiri

Peluh mula membasahi dahinya. Ketiaknya mula terasa basah. Cukup penat. Lagi-lagi musim panas begini. Dari pagi dia bekerja menjaga kaunter tiket. Namun dia bangga. Dia bangga menjadi salah seorang penjaga khazanah negaranya yang teramat bernilai. Yang baru saja diiktiraf menjadi salah satu binaan ajaib di dunia.

Sebuah kota yang terletak di negaranya, tapi orang Sweden yang mengaku orang pertama yang menemuinya. Ceh.

''Apa kau mahu?'' dia bertanya dengan seorang pemuda Malizia yang baru sebentar tadi membayar harga tiket. Kenapa tak terus masuk?

''Aku berhutang dengan kau. Bukan. Dengan negara kau. Sekarang aku nak bayar kembali,'' jelas pemuda yang berwajah redup, berjanggut sejemput itu. Serius bunyinya.

''Apa yang kau hutang dengan aku? Entah bila masa kita berjumpa,'' balasnya. Dia cuba merangsang salah satu bahagian otaknya, iaitu hippocampus untuk mengorek kembali memori-memori lama. Ah, sungguh ''medical'' cerpen aku, jargon perubatan pun sempat diselitkan, bisik hati pengarang.

Namun, tidak ketemu. Banyak orang Malizi yang dia pernah jumpa malahan pernah bersembang panjang mahupun pendek. Baginya semua orang Malizi adik-beradik, muka sama tiada beza. Entu tusybihu ba'adh,ayat yang sama yang sentiasa diucap.

''Kan aku dah cakap, aku berhutang dengan negara kau. Bukan dengan kau. Kau cuma perantara,'' balas pemuda Malizi itu dengan tenang. Lancar dan fasih bahasa Arabnya. Kalau tak tengok muka, mati-mati dia terfikir suara itu milik orang sebelah utara negaranya. Entah berapa belas tahun pemuda ini tinggal di negaranya.

''Teruskan..''

''Begini....''

Menurut pemuda itu, beliau merupakan pelajar di negaranya. Jadi setelah sekian lama tinggal di sini, beliau mahir banyak perkara tentang negaranya. Ibarat di hujung jari. Ada masa lapang, dia membawa tetamu yang datang dari Malizia untuk melawat negaranya termasuk tempat yang dia jaga. Pengarang terasa malas nak menaip perkataan 'pemuda itu' dalam jumlah yang banyak. Anggap saja namanya Syamsuddin.

Orang Malizia kadang terlalu berkira. Datang ke negaranya beribu kilometer ada duit tapi hendak membayar harga tiket masuk tempat itu yang cuma 5% daripada harga tiket kapal terbang pergi-balik pun kedekut. Untuk orang Malizia yang menetap di negaranya sama ada pelajar atau pekerja, mereka akan mendapat harga lebih kurang 25 kali ganda kurang daripada pelancong. Dalam erti kata lain, 0.2% daripada harga tiket kapal terbang pergi-balik.
Untuk mendapatkan harga yang murah, pelancong-pelancong akan meminjam kad pengenalan menetap atau kad pelajar(iqamah dan hawiyyah) daripada mana-mana orang Malizia di situ. Penjaga tiket tak akan sedar. Entu tusybihu ba'adh. Berani sungguh mereka menginjak maruah negara yang terulung di dunia, bisik hatinya. Ceh.

Kita kembali kepada kisah Syamsuddin. Dia mengaku telah beberapa kali membawa pelancong Malizia dan tak lupa untuk meminjam iqamah ataupun hawiyyahmilik rakan-rakannya. Untuk membantu pelancong-pelancong jagaannya mendapat harga yang murah hasil daripada penyamaran itu. Untuk meraikan tetamu.

Syamsuddin akhirnya sedar bahawa itu bukan caranya untuk meraikan tetamu. Matlamat tak menghalalkan cara. Banyak cara untuk meraikan tetamu. Dan yang pasti, menipu bukan salah satu caranya. Syamsuddin menghulurkan beberapa keping wang kertas yang kalau diteliti mencapai angka tiga digit. Untuk menebus kembali dosa-dosa silam katanya.

Dia terharu dengan kejujuran Syamsuddin. Jarang benar dia berhadapan dengan situasi begini. Mana taknya, orang negaranya juga banyak juga yang penipu. Lebih-lebih lagi pemandu teksi tak bermeter. Yang ada meter pun tutup meter atau beritahu penumpang yang meternya rosak.

''Simpan saja duit kau itu. Aku maafkan kau kali ini. Moga Allah memberkati kau atas kejujuran kau''
Lampu dipadamkan. Tirai ditutup. Penonton ada yang menguap dan ada yang mengulas cerita bersama rakan-rakan. Mereka mula bersurai.

p/s Anggap saja artikel ini tidak mewakili pendapat peribadi pengarang.

Click here bai to read more On "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Pantun Tak Habis Ini Sila Sambung Sendiri"!

Kapadokya 101

sementara menunggu bas ke Istanbul pukul 7 mlm, maka takde keje dan mengupdate blog yang telah bersawang.uhuk2..

entry ni jgk bergune utk sape2 berhajat gi kapadokya/cappadocia.

Kapadokya 101

mule2 korg amek 'sarfiis' ke Dimasyq dari mujamma' Amman. kos die tak lebih 10 JD. pandai-pandai laa korg tawar.

Dah sampai Dimasyq, korg akan diberhentikan di tepi jalan yang sibuk. Nak pegi ke Balad@Souq Hamidi atau pun Mujamma' Pullman(Bulman dalam arab) kene amek teksi. Haa, kat sini kene jage2 sebab teksi Syria kuat menipu. Kitorg harituh naik teksi kat Syria 3 kali dan hasil tinjauan kitorg ade hipotesis di mana 3 jenis pemandu ni kurang menipu:

1) Pemandu muda yang muka baik2 sikit. Pemandu tua kalau muke baik pun kuat menipu jugak. Harap pasang al-Quran je.
2) Teksi baru. Teksi lama kereta die macam stail kat Cairo, kalau baru macam kat Irbid. Hipotesis ni agak lemah tapi apa yg kitorg perasan camtu laa.
3) Teksi yang pakai meter. Ini memang terbukti tepat. Korg sebelum masuk teksi tanye pemandu die ada meter ke tak? Kalau ade, mintak die gune meter dan korg suruh laa die pegi mane2. Sangat murah..


Dah sampai kat Bulman, korg cari laa syarikat bas yang korg rase best. ade 3 syarikat yang aku nampak harituh(Jet, Ozhan ngan Nur). Harituh atas nasihat Pidah ngan Arep, kitorg naik Ozhan. Untuk ke Turkey, ade dua bas, satu pukul 8.00 pagi, satu lagi 10.00 malam. so, kalau nak bertolak dari Irbid tuh takyah laa nak tolak awal2 pagi. Nanti tak tau nak buat ape. Ok, pastu ade satu nasihat penting, kalau korg nak gi Kapadokya/Cappadocia, korg boleh mintak kat syarikat bas tu untuk tiket terus ke Goreme(Kapadokya). Pastikan korg mintak Goreme bukan Nevsehir ataupun Kayseri. Harituh kitorg blur2 pasal ni dan termintak ke Kayseri. Kayseri dan Goreme jaraknya 1 jam lebih dan kosnya 10YTL. Nevsehir pulak adelaa dalam 15 minit ke Goreme.


Ataupun, korg mintak kat syarikat tuh tiket ke Antakya je. Semua bas ke Turki akan berhenti di Antakya Otogar(bus station). Dari sana kene tukar bas ke destinasi seterusnya. Mungkin jimat sikit kalau mintak ke Antakya je and then korg beli sendiri tiket ke Goreme. Kitorg harituh pun tukar syarikat bas jugak, tapi tiket semua Ozhan yang settlekan,dapat tiket terus naik bas. Ada banyak syarikat bas kat Antakya Otogar tapi beberape jer pegi ke arah Kapadokya.


Ok, sekarang korg sampai kat Goreme Otogar. Die open air je. Korg kene laa cari tempat nak tidur kan. Cara paling senang adalah:

1) korg pegi Acommodation Office kat Otogar. kat situ ade info pasal hotel2 dan pension2 kat sekitar Goreme. Harituh kitorg bernasib baik jumpe sorg pakcik teksi baik die tolong teponkan pension kitorg; Traveller's Cave Pension.
2) Korg leh gi travel agent. travel agent selalunye ade link dengan pension2 tertentu dan die akan cadangkan pension yang sesuai dengan bajet korg.


Settle bab penginapan. Camner nak jalan2 dekat Kapadokya? Kalau tengok peta, Kapadokya nih besar giler. impossible untuk korg jalan sendiri. so, cadangannye untuk join tour bawah travel agent. Kitorg jalan ngan Hiro Travel Agent. diorg ade beberapa pakej. kitorg amek dua pakej; Green Tour ngan Red Tour. Setiap pakej harga die 50YTL so harga due2nye 100YTL. Mahal gak tapi berbaloi beb. makan tengahari included dan sedap.



Ade jugak kalau nak sewa basikal, scooter dan quad bike. dan boleh naik hot air balloon tapi harge die mahal(110Euro). Click here bai to read more On "Kapadokya 101"!

Lelaki Tua Dari al-Quds

''Aku sampai sekarang tak tahu ayah dan mak aku masih hidup atau tidak,'' kata Pak Cik Mamduh.

Dia masih ingat. Ketika ''Perang 6 Hari'' berlaku pada 1967, dia berada di Kuwait. Berhijrah mencari rezeki di tempat yang lebih aman berbanding al-Quds, tanah kelahirannya. Saat al-Quds kucar-kacir atau kuca-lana dalam dialek Kelantannya, keluarganya masih berada di sana. Tentera Israel bertempur dengan tentera dari beberapa buah negara Arab. Cukup membimbangkannya. Hatinya meronta-ronta ingin kembali ke bumi yang dicintainya itu. Biarlah dia mati mempertahankan tanah milik bangsanya dan umat Islam, daripada menyorok takutkan peluru musuh. Bak kata penyair,''Hidup biar bermaruah atau mati syahid''. Namun, keadaan tidak mengizinkan.

Lantas, dia mengambil keputusan berhijrah ke Mesir. Ramai saudara-maranya tinggal di sana. Sekurang-kurangnya dapat mengubat kerinduan terhadap keluarga sendiri. Hari berganti hari. Dia membuat keputusan untuk berkelana seorang diri di Jordan. Lebih dekat dengan al-Quds, negeri kelahirannya. Hanya berjarak 40km sahaja. Dari Gunung Nebo yang menjadi tempat suci orang Kristian, al-Aqsa dapat dilihat.

Kini, dia sudah tua. Namun, masih tidak tahu ibu bapanya masih hidup atau tidak. Menurut kajian, purata usia kematian penduduk Jordan adalah 70 tahun. Kalau di Palestin, pengarang sendiri tidak tahu. Mohon dimaafkan pengarang yang kurang berpengetahuan ini. Dia kini berusia 60 tahun dan ibu bapanya menjejak usia 90 tahun barangkali. Walau apapun, dia tak lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka, hidup ataupun mati.

Dia kini menghabiskan sisa-sisa hidup di utara Jordan. Tak keluar pun ke tempat lain. Hanya berulang-alik dari rumah ke masjid saja yang menjadi rutin hidupnya. Dia tiada anak. Kasih sayang dan luahan perasaannya sering dicurahkan kepada pelajar-pelajar berbangsa Melayu di situ, dari Malaysia dan juga Patani.

''Kau tahu Sheikh Nabulsi cakap apa hari ini?''

Ayat itu seringkali diulang-ulang. Mujur ada seorang anak Melayu yang rajin mendengar dan berbual dengannya biarpun terpaksa berdiri menunggunya habis bercakap biarpun terpaksa menahan sejuk hembusan angin dingin. Kadangkala sehingga setengah jam dia bercakap. Memang kuat otot kaki budak Melayu itu.

Dia memang meminati Sheikh Muhammad Ratib an-Nabulsi, ulama yang tinggal di Dimashq itu. Setiap minggu, dia mendengar syarahan ulama itu dalam rancangan radio channel ''Shout Dimashq''. Baginya, sheikh itu seorang yang hebat. Selain mempunyai Phd dalam Bahasa Arab, beliau juga mempunyai pengetahuan sains yang luas. Rajin membaca dan bertanya, barangkali. ''Pengetahuan yang seluas dan sedalam laut,'' katanya.

Kadang-kadang, beliau bercerita tentang sejarah Arab dan Islam kepada kawan baiknya itu. Sejarah Uthmaniyyah mahupun sejarah al-Quds dikongsikan juga. Biarlah orang 'ajam yang mengenang dan menghargai sejarah bangsanya. Sekurang-kurangnya dinilai dari sudut Islam bukan dari Nasionalisme Arab.

Waktu Ghaza diserang, hatinya tambah pedih. Remuk dan berkecai. Zalim sungguh tentera Zionis yang membantai penduduk Ghaza. Namun, lebih zalim lagi saudara-saudara mereka yang membiarkan bahkan membantu musuh mereka menzalimi saudara sendiri. Tak mungkin tubuh tuanya berkudrat mengangkat senjata. Hanya doa yang dititip buat mereka dan boikot untuk melemahkan musuh.

Dia begitu rindu dengan al-Quds. Dia sentiasa berharap agar dapat kembali ke al-Quds. Melihat tanah kelahirannya dikuasai oleh umat Islam. Harapannya tak pernah putus.

Yerushalayim shel zahav. Al-Quds bumi emas menurut lirik lagu Ofra Haza.
Click here bai to read more On "Lelaki Tua Dari al-Quds"!

raya di padang pasir

raya kali ini memang raya yang paling sunyi dalam hidup aku memandangkan ramai sahabat yang pulang meraikan raya di malaysia bersama keluarga masing-masing. hanya bertemankan beberapa orang rakan senior dan segerombolan pelajar-pelajar baru yang tak pernah aku kenali, cukup membuatkan raya kali ini lebih suram dan kelam berbanding tahun-tahun yang lalu. kutuk, perli, gelak tawa itulah yang aku rindu sekarang.

buat rakan-rakan, izinkan aku memutar kembali memori kita bersama saat-saat awal permukiman kita di tanah tandus ini. waktu tahun satu, ketika masih hijau dengan dunia luar, umpama pucuk tunas baru menjengah keluar tanah, kadang-kadang memang rasa seronok. ingin mencuba benda baru, mencari rakan-rakan arab baru, solat tarawih dari satu masjid ke masjid yang lain, mencuba pelbagai makanan arab, kadangkala mengujakan.

memang sedih dan syahdu terasa saat itu, buat pertama kalinya beraya tanpa keluarga di sisi, tanpa mengucup mesra tangan ayahanda dan bonda. namun kehadiran sahabat yang senasib buat penawar rindu, sedikit terubat dengan keletah yang pelbagai. sama-sama bangun pagi, berkumpul bersarapan bersama, bermesra di masjid seusai solat raya, dan takbir di masjid pada malam hari. warna warni baju raya, ditambah dengan rumah terbuka menghidupkan kemeriahan suasana raya seperti di malaysia.

tahun 2, aku masih mengulang rutin yang sama cuma kurang sikit mode syahdu itu. alah bisa tegal biasa bak kata pepatah. yang bezanya bilangan pelajar melayu ketika itu bertambah ramai. naik tahun 3, sesuai dengan kedudukan rumah aku yang agak terpencil dengan komuniti melayu, raya aku bertambah sepi. ditambah pula dengan kepulangan satu-satunya jiran melayu yang aku ada ke malaysia, aku kurang semangat untuk beraya. aku bosan dan cuba mencari kelainan dengan beraya di rumah sahabat arab berbangsa badwi berdekatan dengan laut mati.

raya arab tidak meriah? meriah juga pada aku. mereka berpakaian segak, berkot dan bertali leher. ziarah-menziarahi juga ada. tapi sesama saudara mara. tak nampak pula aku budak-budak pengutip duit raya yang datang. arab-arab kampung memacu kuda di jalanan. siapa yang nak naik kuda? silakan ke kawasan isyarat iskan. juga syari' jamiah yang bertambah sesak dengan kehadiran ''rusa masuk kampung'' yang kadangkala membuatkan aku menyampah.

aku sedikit terpukul dengan pesan sahabat. terima kasih halfi. biar di mana kita sekalipun, biar dalam suasana apapun, biarlah semangat hari raya itu ada. itulah tanda kita meraikan kemenangan melawan nafsu di bulan puasa. berpakaian elok ke masjid, ziarah menziarahi sesama muslim itu sudah elok. menurut ustaz zaharuddin, muslim yang tulen akan berasa sedih dengan pemergian ramadan. entah ya entah tidak dapat bertemu lagi.

di kesempatan ini, ingin aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat rakan-rakan dan pembaca blog. mohon maaf kalau ada kesilapan,mohon berlapang dada andai tersalah bicara. mohon ampun sekali lagi kalau entri ini bosan.

sekian

12 am 1 syawal
syari' tulkaram
irbid Click here bai to read more On "raya di padang pasir"!

be yourself


‘’eh meon, kau apahal pakai mekap segala ni?dah macam pelacur dah aku tengok. malu la nak beraya rumah pak imam ni’’

‘’eiii, kan aku dah kata jangan panggil aku meon. minah paham tak?minah... dah berpuluh kali aku cakap taw’’

’’kau tu dah lelaki buat la macam lelaki’’

‘’hellooo, at least aku tak hipokrit macam kau taww.eleh pakai kopiah nak sembunyi tanduk la tue’’

‘’apa tanduk2 ni’’

‘’tanduk syaitan kau la.macam aku tak tau je kau tu tengok blue.hipokrit.be yourself, dude’’

‘’kau pun.be yourself’’

‘’hei, aku jadi diri aku la ni.aku pakai apa yang selalu aku pakai,aku buat apa yang aku selalu buat.tak macam kau.dah la hina nak berlagak alim pulak tu’’

‘’tapi kau boleh berubah, meon.orang yang berfikiran statik je yang anggap diri dia atau orang lain statik, tak boleh berubah’’

’’yer,tapi masalahnya aku tak berubah lagi.dan aku cuba jadi diri aku yang sebenar’’

’’siapa diri kau yang sebenar’’

’’apahal tanya?sudah gaharu cendana pula,sudah tahu bertanya pula’’

’’kau tu seorang pelajar lelaki muslim’’

‘’so,what ?’’

‘’sebagai pelajar, kalo kau nak jadi diri sebenar kau, kau kena study sungguh2 bukan asyik nak menyundal je.sebagai lelaki kau kena berperwatakan lelaki,bukan lembik sotong macam sekarang ni.dan sebagai muslim,kau kena taat perintah allah’’

‘’eleh,cakap tak serupa bikin’’

‘’sekurang2nya aku tak menegakkan benang yang basah.aku mengaku aku tengok blue dan aku mengaku benda tu salah.dan aku harap aku akan berubah jadi diri aku yang sebenar’’

‘’cakap je lebih’’

‘’sudahlah.jom kita pegi beraya terus.aku nak tengok pak imam sound kau pulak.nilah manusia zaman sekarang.orang cakap betul tak nak terima.nak tunggu aku jadi malaikat dulu la, baru kau nak terima cakap aku’’

‘’euuwww.sentap tau meks.uols ni memang nak kena’’ Click here bai to read more On "be yourself"!

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template