Majlis Solat Hajat dan minta ampun dari Allah


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

Surah Al-Baqarah,ayat 186


Assalamualaikum tuan-tuan semua,


Memandangkan "sambutan luar biasa" yang telah diterima di kotak karut untuk solat hajat,Izzat dan Puwe telah bersetuju untuk buat iftar dan solat hajat malam esok insyaAllah.Jadi kawan2,silalah berpuasa sunnat hari isnin esok dan datang berbuka serta bersolat hajat sama-sama ok.


Tentatif :

7.00 pm : Berkumpul di rumah Izzat & Hazim (Berbual mesra sambil menunggu waktu berbuka.)

7.40* pm : Berbuka ringan diiringi dengan solat hajat. Pastu, makan.



Tugasan untuk makanan (sebagaimana yang diarahkan Tan Sri Pue) :

Nasi : Bayt Abu , Bayt Athiq dan Bayt Yop & Hadi , Bayt Areep ,Bayt Uwais & Waasiek

Air & Buah2an : Bayt Abu , Bayt Paih& Juan Pablo , Bayt Nubhan,Zulai

Lauk : Bayt Tan Sri Puwe , Bayt Izzat , Bayt Mat Joe,Bayt Nuwa & Fifi (Ozi makan asing)


*Sila bawa nus dinar juga untuk menampung kos makan malam. Sape-sape nak claim beli2,esok malam claim pada Puwe kat sana ok.

Mudah-mudahan kita semua dapat ikhlaskan niat datang untuk sama-sama memohon pada Allah supaya membantu kita dapat membuat persiapan terbaik untuk exam,menjawab soalan dan berjaya insyaAllah.Harap masing-masing dapat memberikan kerjasama terbaik ok.Allah yujzikumul khair ya syabab.


p/s : Sape2 nak pass derma tawaran terbaek,bolehla bawa duit siap-siap.

p/s 2 : To anti-bai,takde satu bai pun beb.Rekod ni!


Click here bai to read more On "Majlis Solat Hajat dan minta ampun dari Allah"!

Hantu Yamani

Peristiwa ini berlaku di satu malam, sedang pemimpin2 masa hadapan membincangkan masalah ummah di Yamani, tiba2 lampu terpadam.pow!tetapi semua yang berada di situ seakan2 sudah biasa dengan keadaan sebegitu.

Lantas seorang dari mereka mengeluarkan hansetnya dan menangkap gambar saudara seislamnya, fai fai al-shah alami. Hasil dari kamera 3.2 megapixel autofocus beserta flash itu, bukan sahaja sangat tidak memuaskan, malah membuatkan semua orang yang hadir di situ terkejut tupai.



soalan saya ialah, jikalau anda bijak laksamana, siapakah gerangan orang di belakang fai fai itu?

ini adalah satu cabaran kepada sesiapa sahaja yang berminat. Jawapan hendaklah tidak melebihi 350 patah perkataan.


gambar hiasan semata2.
Click here bai to read more On "Hantu Yamani"!

Pic of Da Week

Berikut adelah segerombolan gambar2 yg aku ter'snap' time tgh boring2. Jom tgk2 dulu rilek2 otak smbil2 bace.('bace'kah korg?)


Ni gamba Ozi time awal2 fai fai baru curik die. Punyela payah nak maen2 ngan die time tu. Tido xreti nak bangun. Jalan kengkang2 lagi.



Ozi diangkat kaki seblah. Kredit untuk tukang pegang kaki Ozi yg sudi dipinjam celahan tempat Ozi nk tido. Skang ozi cam tikus. Tak reti tido punye kucing.


Jom tengok gamba lain plak..



Gamba diamek time lpas tasjil. Aime (Matjoe) tibe2 lompat blakang nwa atas sbb tak diketahui. Teliti gamba betol2. Tgk muke Aime (senyum puas), muke nwa (cam gelojoh) n tangan kanan nwa (mslh chromosome due2 makhluk ni). Jelas, kesan drpd Berokback Mountain. (Elakkan menjadi mangse due orang ini ye kwn2)




Gamba case sterosnye. Butiran Case :
  • Venue : depan pintu bilek
  • Approximate time : dkat2 time nk g makan
  • Case : enset terburai cam lego yang dipasang pastu terjatuh
  • Sbb : tak sabo2 nk g mkn
  • Case berlaku sebnyk 4-5 kali seminggu. enset ttp xde berlaku kerosakan maupn hancur.
  • Solution : pemilik tgh tengok2 enset baru. Dengo2 cam nk beli HTC yg bole slide2 tu. Beliau menunggu mase. Bantulah beliau ye kwn2.

Sekian, aku melepas keboringan.

"Idop ni byk2la memberi drpd menerima" - Laskar Pelangi


Click here bai to read more On "Pic of Da Week"!

Menjadi hot di hari jumaat!!




Assalamualaikum w.b.t. ,

Mudah2an saudagar-saudagar ngeteh dan tetamu-tetamu sekalian sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t. hendaknya.

Kalini saya nak tulis sikit (copy paste je pun) tentang amalan2 yang disunnatkan dilakukan pada hari jumaat.Persediaan untuk esok ni beb.Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk para pembaca semua insyaAllah.


1)Mandi sunnat hari jumaat.

Mandi dah memang amalan rutin harian kita setiap hari,lagi-lagi musim panas ni kan.Dari kita mandi saja2 nak hilangkan panas,lebih elok kita jadikan mandi kita sebagai amalan soleh dengan meniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t.Antara contohnya adalah dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w. selaras dengan sabda baginda yang bermaksud :

"Apabila datang kepada kamu hari Jumaat,maka mandilah"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


2)Menghias diri,memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.

Kalau kita pergi jamiah hari-hari biasa boleh je pakai smart2 kan,inikan pula hari jumaat yang umpama hari raya untuk minggu tersebut.So kalau boleh esok kita pakai extra smart untuk pergi solat jumaat sebab kita nak pergi 'jumpa Allah' ni.

"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)"


3)Memotong kuku.

Islam sebagai agama yang mementingkan kebersihan dan kekemasan memang sangat sesuai dengan fitrah manusia.Apa cerita doktor ngan dentist tak potong kuku beb?Buat malu je.

"Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan,mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak,memotong kuku dan menggunting misai." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)





4)Membaca surah al-Kahfi

Ha..ni penting ni beb.Kalau terlepas memang rugi bai.Dah seminggu dengar lagu semangat yang hilang,hari jumaat kita dengar@baca quran pulak beb.

"Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat,nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan." (Riwayat Al-Hakim dan Al-BaihaQi)



5)Memperbanyakkan doa.

Yang ni tak payah tunggu hari jumaat pun takpe.Memandangkan exam pun dah dekat ni,dah tadah tangan nak doa tu doala sekali untuk member-member lain.Barula jadi member terbaeek beb!


6)Berselawat keatas nabi s.a.w.

Sollu 3alan nabi!Allahumma solli 3ala sayyidina muhammad wa 3ala alihi wasahbihi ajma3in.



7)Datang masjid awal.

Sabda Rasulullah s.a.w. : " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah."

Asyik-asyik datang lambat duduk belakang.Sekali-sekala kita try datang awal duduk sembahyang saf awal,baru hot bai.Unta,lembu,kambing,ayam mahupun telor?anda yang tentukan...hehe.


8)Malam esok kita pg ngeteh.
Haha..ni saya tambah sendiri.Kira kita niat rapatkan ukhuwah bolehla...kan3?


Gambar ni bajet melambangkan ukhuwah la.


Ha cukupla 7 untuk minggu ni.Minggu depan orang lain sambung pula.Nak menunggu bang budin membuat kemunculan entry sulung ni..Asyik bising atas padang je..Hehe.

Saya doakan mudah-mudahan kita semua dapat usahakan jumaat esok dan yang mendatang menjadi jumaat yang terbaekk insyaAllah!Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang bergaya lagi 'hot' pada hari jumaat esok insyaAllah.

p/s 1 : Tawaran derma terbaekk masih dibuka.Sape2 nak derma boleh pass direct atau pada arep atau mana2 budak ngeteh ok.Derma yang budin kutip tu pun jangan lupa pass pada budin sebelum esok ok.Selamat.

p/s 2 : Kalau-kalau ada antara hadis atas yang dhaif tolong bgtahu ye.Kitorang tak pro ilmu hadis ni.

p/s 3 : Lupa nak masukkan kat atas.Lagi smart kalau hujung minggu dihiasi dengan menghadiri kelas tafaquh permai.(ngeteh di kelas tafaquh ;p..tp minggu ni syabab takde kan?)Apapun selamat beramal!

Kredit :
http://hanieliza.blogspot.com/2009/02/amalan-sunat-hari-jumaat.html
http://nuraiman.wordpress.com/2008/04/02/antara-amalan-amalan-terbaik-di-hari-jumaat/ Click here bai to read more On "Menjadi hot di hari jumaat!!"!

Uefa Champions League final: Barcelona v Manchester United TRAILER










Click here bai to read more On "Uefa Champions League final: Barcelona v Manchester United TRAILER"!

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template