Inventori Barang


    Berikut adalah senarai nama penjual yang ada stok untuk dijual. Untuk melihat senarai stok dan harga setiap item, sila klik pada nama :
        Stok akan diupdate. Harga yang tertulis dlm blog adalah range untuk keadilan bersama kami penjual. Harga masih lagi boleh ditawar bergantung kepada pemilik.

        Barang yang hendak dibeli boleh hubungi tros dengan pemilik.

        * Last update 30/5/2012 2245 Jordan time

        Click here bai to read more On "Inventori Barang"!

        In Stock : Kuchai


        Barang-barang yang ingin djual :
        • Almari kayu  (harga : hubungi pemilik)
        • Rak buku kayu  (20jd) - booked
        • Meja study kayu  (15jd)
        • Meja kaki pendek  (8jd)
        • Meja kecil  (5jd)
        • Kerusi (beroda) (20jd) - booked
        • Selimut 6kg  (15jd)
        • Komputer(desktop+speaker) - hubungi pemilik
        Contact pemilik :

        Kuchai @ Husaini (0776915917)



        *Harga boleh ditawar
        Click here bai to read more On "In Stock : Kuchai"!

        In Stock : Hazim



         Almari besi (20jd) Booked

         Cermin 76x49cm (5jd) Sold

         Dumbbell (20jd) Booked

         Kipas sona (15jd) Booked

         LCD Monitor LG Flatron W2261VP (Booked)

         Meja study kayu (15jd) Booked

         Rak buku kayu (20jd) Booked

         Ram (Kingston 2gb, pc) (Booked)

         Sobah (30jd) Sold



        Barang-barang lain :
        • Katil besi (5jd) Booked
        • Regulator dan extension (Booked)
        • Tong gas (25jd) Sold
        • Kerusi study (beroda) handle kiri patah (5JD)
        • Selimut 6kg (15JD)
        • Komputer :
        1. Processor : Intel(R) Core(TM) 2 duo E8400 @ 3.0GHz 2.4 GHz
        2. Ram : 3Gb
        3. Hdisk : 160Gb
        4. DVD ROM : Multirecorder RW DV+R DL
        5. Monitor : Lenovo Thinkvision 17inch
        6. Keyboard: Samsung Pleomax
        7. Mouse : Samsung Pleomax
        8. Webcam : Creative
        9. Windows 7
        10. Graphic Card : Nvidia GeForce 9600GT DDR3 1Gb
        11. Excellent condition
        12. Superb for gaming
        Harga : 450JD nego

        Contact pemilik :

        Hazim (0776915919)




        * Harga boleh ditawar

        Click here bai to read more On "In Stock : Hazim"!

        In Stock : Anwar






         Sofa (15jd)(SOLD)
        Sebuah sofa yang selesa, muat untuk seorang tidur diatasnya, mudah dibersihkan, dan tempat yang paling selesa untuk para tetamu.


         Kabinet TV (10jd)(SOLD)



         Langsir 2 set (50jd)
         Langsir yang ditempah khas dari kedai di Jordan, dengan pilihan kain yang sangat berkualiti, tebal dan cantik. Harga asal adalah 150jd++ namun begitu dijual dengan harga yang tidak masuk akalnya murah, khas bagi warga permai.

         Rak buku complete tp rosak (free)(SOLD)


         Rak buku kayu yg rare dan unik (15jd) (SOLD)

         Drawer plastik (7jd)(SOLD)



         Almari besi (20jd)
        Sebuah almari besi yang sangat berbeza dari sekian almari besi di irbid ini.ternyata berkualiti paling tinggi, disyorkan bagi yang ingin menggunakan buat masa yang lama.


         Almari kayu (15jd)(SOLD)

         Rak kasut kayu (15jd)

        Meja plastik (5jd)
        oh nampaknya meja plastik ini masih lagi dibuka untuk sesiapa yang meminatinya, pembeli telah menarik diri di saat terakhir..cepat2 siapa cepat dia dapat...


         Contact pemilik :

        Anwar (0776916091)
        Click here bai to read more On "In Stock : Anwar"!

        In Stock : Areep



         Meja plastik (kecil) (3jd) *booked


         Rak buku kayu (15jd) *booked

         Meja tahfiz (5jd) *booked

         Meja study kayu (10jd) *booked

         Selimut 6kg (15jd)

         Kipas sona (10jd) *booked

         Sobah elektrik sona (25jd) *booked

         LCD Monitor LG 22 inch (hubungi pemilik) *booked

        Almari besi - (15jd) *booked

        Tmpt gantung baju *booked


        Barang-barang lain :
        • Katil besi (5jd) *booked
        • Speaker Creative 5.1 (10jd)
        Contact pemilik :

        Areep (0776915913)



        *Harga boleh ditawar


        Click here bai to read more On "In Stock : Areep"!

        In Stock : Pue

        *harga ini  tidak tetap dan masih boleh di kurangkan mengikut budi bicara pemilik
        *pemilik boleh dihubungi melalui telefon @ facebook - maklumat boleh didapati di bawah
        *sebarang pertanyaan di bahagian komen jarang di layan kerana pemilik malas nk buka blog


         Sobah elektrik sona (15JD)

         Meja study kayu (15JD) - BOOKED

         Selimut tebal  (12JD) 

         Selimut tebal (8JD)

         Kerusi (20JD) - BOOKED

         
         Meja kaki pendek (7JD) - booked

         Speaker Creative (14JD)- KONDISI BAGUS
        * sesuai utk mereka yg suka gegendang telinga mereka bergegar

         Kipas sona (15JD) - BOOKED

         Rak buku kayu (20JD) - booked

         Almari besi (18JD) -booked

         Contact pemilik :

        Sofuan (0776915922)




        * Harga barang masih lagi boleh ditawar.

        Click here bai to read more On "In Stock : Pue"!

        Jualan Mega Barangan Terpakai!


        Kami syabab MEP6 amat berbesar hati untuk menjual barang-barang terpakai milik kami. Untuk memudahkan penjualan serta kawalan terhadap barang-barang jualan, blog yang sekian lama masyhur di tanah Irbid ni dihidupkan semula. Antara barang-barang yang akan dijual :
        • Almari besi
        • Rak buku
        • Meja study (kayu maupun besi jika ada)
        • Katil besi
        • Kerusi (plasti, roda, dll)
        • Meja kecik
        • Kipas
        • Sobah
        • Tong gas
        • Komputer
        • Dan lain2 barang yang dirasa best untuk dijual

        Harga untuk setiap barang akan diselaraskan demi kemaslahatan masyarakat. Juga bole di'negotiate' bergantung kepada kualiti barangan tersebut. Gambar dan harga akan dipost dalam masa terdekat.

        * Semua barang yang akan dijual hanya terdapat di blog ini. Sebarang iklan diluar blog ini adalah secara haram dan tidak diiktiraf oleh mana2 pihak MEP6. Penjual tersebut diminta dibunuh dan direjam arakian pengibaratan memakan duit zakat MEP6.

        Anda juga boleh request apa2 barang yang mungkin ada dalam stok kami. Request boleh dibuat di ruangan komen di bawah.




        Click here bai to read more On "Jualan Mega Barangan Terpakai!"!

        Selamat Graduasi

        Selamat bergraduasi buat ahli-ahli pergigian budak2ngeteh. semoga boleh sambung ngeteh di Malaysia~~

        Graduan Dentist 2011

        Selamat berkhidmat kepada masyarakat.. Click here bai to read more On "Selamat Graduasi"!

        Bahasa Urdun


        Agaknya macam ini kot mesej dari kawan kakak aku

        ''Kitorang sebelum pergi Jordan kena belajar lahjah urduniyyah(dialek Arab Jordan)''

        Jadi, waktu perjumpaan mingguan keluarga kami, kakak aku cakap begini

        ''Budak-budak yang nak pergi Jordan kena belajar Bahasa Urdu''

        Mak aku pun balas

        ''Agaknya Bahasa Urdu tu antara bahasa utama kat negara diorang kot''

        Aku dah terbayang orang-orang Arab cakap macam pelakon filem Hindustan

        p/s Klik sini untuk rujukan dan pertanyaan tentang dialek Arab Jordan
        Click here bai to read more On "Bahasa Urdun"!

        Sharm el-Sheikh: Nama pun dah sikah




        Setelah lama tidak berprogram, dan projek terakhir budak ngeteh ialah Azraq (mmg fail), so kali ni mungkin, mungkin kite akan menebus kemaluan itu dgn projek kali ini ke Sharm el-Sheikh.

        Butiran Program adalah seperti berikut:
        1. Bertolak hari Sabtu
        2. Transpot: Kapal 100JD pergi dan balik (tak termasuk tiket aqabah-irbid)
        3. Bilangan Hari : Sampai rasa nak balik
        4. Bajet 250-300JD
        5. Tema : Sharm el-sheikh, nama pn dah sikah.

        AJK

        Maka untuk menyenangkan ahli2 rombongan, AJK telahpn dilantik dengan adil dan saksamanya. Mereka yang bertuah:





        Biro Aktiviti : Kadiak dan Nwa
        1. Rancang program
        2. Pastikan budak2 tidak bosan
        3. Paksa yang lain buat kerja
        4. Menangkap gambar tidak kire masa, tempat dan agama


        Biro Pengangkutan: Pue dan Arep
        1. Beli tiket (irbid-aqabah-nuweiba-sharm)
        2. Pastikan sume ade
        3. Rancang traspot kat sharm (sewa kreta/naik bas/teksi/public traspot)
        4. Langgar kucing


        Biro Penginapan : Hazim dan Rockers
        1. Cari tmpat tidoq
        2. orang terakhir tidoq
        3. Tempat mstilah paling murah, tapi paling selesa, katil air


        Biro Persegaran dan BBQ: Kuchai dan Paih
        1. Jangan kasi kitorg lapar sesaat pon
        2. Bawak brg bbq dari sini
        3. Berkuasa melantik si pembasuh pinggan dan jadual masing2
        4. Membuat bajet makanan lengkap


        Biro Tugas Khas: Rockers
        1. Berurusan dengan arab
        2. bergaduh dgn arab yg nak tipu
        3. mengorat awek arab
        4. Membantu semua Biro
        5. Suh org garu teloq

        Apa nak buat
        ini baru rancang gitu2 je..tgk2 internet buat research..kat sane baru kite leh rancang btol2..rambo ah.

        1. Go Kart
        2. Quad bike
        3. Watersports
        4. Snorkeling
        5. Santai.
        6. Ngaji of kos

        Links
        1. Info pasal
        bas irbid-aqabah
        http://www.your-guide-to-aqaba-jordan.com/trust-bus-schedule.html

        ferry aqabah-nuweiba
        http://www.abmaritime.com.jo/maritime.swf


        http://www.your-guide-to-aqaba-jordan.com/ferry_to_aqaba.html

        2. Go Kart
        http://www.nooskarting.com/

        3. Quad Bike
        http://www.viator.com/tours/Sharm-el-Sheikh/Quad-Biking-in-the-Egyptian-Desert-from-Sharm-el-Sheikh/d827-3124SSH14

        http://www.falconadventure.com/?page_id=37

        4. Kite Surfing
        http://www.kitejunkies.com/index.html

        5. Sharks Bay Diving Village
        http://sharksbay.com/new/english/index.htm


        Sekian untuk kali ini. Click here bai to read more On "Sharm el-Sheikh: Nama pun dah sikah"!

        Revolt



        Kita perlukan 'kelahiran semula'.

        Ibarat 'rama-rama keluar dri kepompong'..

        Click here bai to read more On "Revolt"!

        Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Pantun Tak Habis Ini Sila Sambung Sendiri

        Peluh mula membasahi dahinya. Ketiaknya mula terasa basah. Cukup penat. Lagi-lagi musim panas begini. Dari pagi dia bekerja menjaga kaunter tiket. Namun dia bangga. Dia bangga menjadi salah seorang penjaga khazanah negaranya yang teramat bernilai. Yang baru saja diiktiraf menjadi salah satu binaan ajaib di dunia.

        Sebuah kota yang terletak di negaranya, tapi orang Sweden yang mengaku orang pertama yang menemuinya. Ceh.

        ''Apa kau mahu?'' dia bertanya dengan seorang pemuda Malizia yang baru sebentar tadi membayar harga tiket. Kenapa tak terus masuk?

        ''Aku berhutang dengan kau. Bukan. Dengan negara kau. Sekarang aku nak bayar kembali,'' jelas pemuda yang berwajah redup, berjanggut sejemput itu. Serius bunyinya.

        ''Apa yang kau hutang dengan aku? Entah bila masa kita berjumpa,'' balasnya. Dia cuba merangsang salah satu bahagian otaknya, iaitu hippocampus untuk mengorek kembali memori-memori lama. Ah, sungguh ''medical'' cerpen aku, jargon perubatan pun sempat diselitkan, bisik hati pengarang.

        Namun, tidak ketemu. Banyak orang Malizi yang dia pernah jumpa malahan pernah bersembang panjang mahupun pendek. Baginya semua orang Malizi adik-beradik, muka sama tiada beza. Entu tusybihu ba'adh,ayat yang sama yang sentiasa diucap.

        ''Kan aku dah cakap, aku berhutang dengan negara kau. Bukan dengan kau. Kau cuma perantara,'' balas pemuda Malizi itu dengan tenang. Lancar dan fasih bahasa Arabnya. Kalau tak tengok muka, mati-mati dia terfikir suara itu milik orang sebelah utara negaranya. Entah berapa belas tahun pemuda ini tinggal di negaranya.

        ''Teruskan..''

        ''Begini....''

        Menurut pemuda itu, beliau merupakan pelajar di negaranya. Jadi setelah sekian lama tinggal di sini, beliau mahir banyak perkara tentang negaranya. Ibarat di hujung jari. Ada masa lapang, dia membawa tetamu yang datang dari Malizia untuk melawat negaranya termasuk tempat yang dia jaga. Pengarang terasa malas nak menaip perkataan 'pemuda itu' dalam jumlah yang banyak. Anggap saja namanya Syamsuddin.

        Orang Malizia kadang terlalu berkira. Datang ke negaranya beribu kilometer ada duit tapi hendak membayar harga tiket masuk tempat itu yang cuma 5% daripada harga tiket kapal terbang pergi-balik pun kedekut. Untuk orang Malizia yang menetap di negaranya sama ada pelajar atau pekerja, mereka akan mendapat harga lebih kurang 25 kali ganda kurang daripada pelancong. Dalam erti kata lain, 0.2% daripada harga tiket kapal terbang pergi-balik.
        Untuk mendapatkan harga yang murah, pelancong-pelancong akan meminjam kad pengenalan menetap atau kad pelajar(iqamah dan hawiyyah) daripada mana-mana orang Malizia di situ. Penjaga tiket tak akan sedar. Entu tusybihu ba'adh. Berani sungguh mereka menginjak maruah negara yang terulung di dunia, bisik hatinya. Ceh.

        Kita kembali kepada kisah Syamsuddin. Dia mengaku telah beberapa kali membawa pelancong Malizia dan tak lupa untuk meminjam iqamah ataupun hawiyyahmilik rakan-rakannya. Untuk membantu pelancong-pelancong jagaannya mendapat harga yang murah hasil daripada penyamaran itu. Untuk meraikan tetamu.

        Syamsuddin akhirnya sedar bahawa itu bukan caranya untuk meraikan tetamu. Matlamat tak menghalalkan cara. Banyak cara untuk meraikan tetamu. Dan yang pasti, menipu bukan salah satu caranya. Syamsuddin menghulurkan beberapa keping wang kertas yang kalau diteliti mencapai angka tiga digit. Untuk menebus kembali dosa-dosa silam katanya.

        Dia terharu dengan kejujuran Syamsuddin. Jarang benar dia berhadapan dengan situasi begini. Mana taknya, orang negaranya juga banyak juga yang penipu. Lebih-lebih lagi pemandu teksi tak bermeter. Yang ada meter pun tutup meter atau beritahu penumpang yang meternya rosak.

        ''Simpan saja duit kau itu. Aku maafkan kau kali ini. Moga Allah memberkati kau atas kejujuran kau''
        Lampu dipadamkan. Tirai ditutup. Penonton ada yang menguap dan ada yang mengulas cerita bersama rakan-rakan. Mereka mula bersurai.

        p/s Anggap saja artikel ini tidak mewakili pendapat peribadi pengarang.

        Click here bai to read more On "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Pantun Tak Habis Ini Sila Sambung Sendiri"!

        Kapadokya 101

        sementara menunggu bas ke Istanbul pukul 7 mlm, maka takde keje dan mengupdate blog yang telah bersawang.uhuk2..

        entry ni jgk bergune utk sape2 berhajat gi kapadokya/cappadocia.

        Kapadokya 101

        mule2 korg amek 'sarfiis' ke Dimasyq dari mujamma' Amman. kos die tak lebih 10 JD. pandai-pandai laa korg tawar.

        Dah sampai Dimasyq, korg akan diberhentikan di tepi jalan yang sibuk. Nak pegi ke Balad@Souq Hamidi atau pun Mujamma' Pullman(Bulman dalam arab) kene amek teksi. Haa, kat sini kene jage2 sebab teksi Syria kuat menipu. Kitorg harituh naik teksi kat Syria 3 kali dan hasil tinjauan kitorg ade hipotesis di mana 3 jenis pemandu ni kurang menipu:

        1) Pemandu muda yang muka baik2 sikit. Pemandu tua kalau muke baik pun kuat menipu jugak. Harap pasang al-Quran je.
        2) Teksi baru. Teksi lama kereta die macam stail kat Cairo, kalau baru macam kat Irbid. Hipotesis ni agak lemah tapi apa yg kitorg perasan camtu laa.
        3) Teksi yang pakai meter. Ini memang terbukti tepat. Korg sebelum masuk teksi tanye pemandu die ada meter ke tak? Kalau ade, mintak die gune meter dan korg suruh laa die pegi mane2. Sangat murah..


        Dah sampai kat Bulman, korg cari laa syarikat bas yang korg rase best. ade 3 syarikat yang aku nampak harituh(Jet, Ozhan ngan Nur). Harituh atas nasihat Pidah ngan Arep, kitorg naik Ozhan. Untuk ke Turkey, ade dua bas, satu pukul 8.00 pagi, satu lagi 10.00 malam. so, kalau nak bertolak dari Irbid tuh takyah laa nak tolak awal2 pagi. Nanti tak tau nak buat ape. Ok, pastu ade satu nasihat penting, kalau korg nak gi Kapadokya/Cappadocia, korg boleh mintak kat syarikat bas tu untuk tiket terus ke Goreme(Kapadokya). Pastikan korg mintak Goreme bukan Nevsehir ataupun Kayseri. Harituh kitorg blur2 pasal ni dan termintak ke Kayseri. Kayseri dan Goreme jaraknya 1 jam lebih dan kosnya 10YTL. Nevsehir pulak adelaa dalam 15 minit ke Goreme.


        Ataupun, korg mintak kat syarikat tuh tiket ke Antakya je. Semua bas ke Turki akan berhenti di Antakya Otogar(bus station). Dari sana kene tukar bas ke destinasi seterusnya. Mungkin jimat sikit kalau mintak ke Antakya je and then korg beli sendiri tiket ke Goreme. Kitorg harituh pun tukar syarikat bas jugak, tapi tiket semua Ozhan yang settlekan,dapat tiket terus naik bas. Ada banyak syarikat bas kat Antakya Otogar tapi beberape jer pegi ke arah Kapadokya.


        Ok, sekarang korg sampai kat Goreme Otogar. Die open air je. Korg kene laa cari tempat nak tidur kan. Cara paling senang adalah:

        1) korg pegi Acommodation Office kat Otogar. kat situ ade info pasal hotel2 dan pension2 kat sekitar Goreme. Harituh kitorg bernasib baik jumpe sorg pakcik teksi baik die tolong teponkan pension kitorg; Traveller's Cave Pension.
        2) Korg leh gi travel agent. travel agent selalunye ade link dengan pension2 tertentu dan die akan cadangkan pension yang sesuai dengan bajet korg.


        Settle bab penginapan. Camner nak jalan2 dekat Kapadokya? Kalau tengok peta, Kapadokya nih besar giler. impossible untuk korg jalan sendiri. so, cadangannye untuk join tour bawah travel agent. Kitorg jalan ngan Hiro Travel Agent. diorg ade beberapa pakej. kitorg amek dua pakej; Green Tour ngan Red Tour. Setiap pakej harga die 50YTL so harga due2nye 100YTL. Mahal gak tapi berbaloi beb. makan tengahari included dan sedap.



        Ade jugak kalau nak sewa basikal, scooter dan quad bike. dan boleh naik hot air balloon tapi harge die mahal(110Euro). Click here bai to read more On "Kapadokya 101"!

        Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
        Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template