Majlis solat jenazah ghaib,solat hajat & bacaan yaasin.


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,maka sungguh ia telah beruntung .Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Surah Ali-'Imran,ayat 185

assalamualaikum w.b.t kengkawan semua.

Seperti yang mungkin semua dah maklum,5 orang sahabat-sahabat gen6 kita di Mesir telah terlibat dengan kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam.

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah

Justeru,malam ini kita akan mengadakan majlis solat jenazah ghaib untuk allahyarham ammar,dan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesihatan untuk sahabat-sahabat yang lain serta bacaan surah yaasin insyaAllah.

Harap semua dapat hadir kat rumah izzat&hazim sebelum azan maghrib (dalam 7 setengah) sebab kita akan solat maghrib jemaah dan terus dengan tentatif seterusnya ok.

Mudah-mudahan usaha kecil kita ini dipandang sebagai amalan soleh disisi Allah dan dapat menyemai jiwa ukhuwah yang sebenar dalam diri kita.Biarpun beribu batu sempadan geografi memisahkan kita,namun doa yang tulus ikhlas dari sahabat-sahabat tetap diutus tanda ingatan.

Al-fatihah buat allahyarham ammar dalam kenangan.

Jazakumullahu khairan kathira.


p/s : Sape2 tak ingat cara solat jenazah,rajin-rajinla search dulu sebelum datang ye.

sumber :
http://perubatan.org/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=928:1-maut-2-cedera-parah-dalam-kemalangan&catid=142:benefits&Itemid=96
http://ayuamiza.blogspot.com/

kredit gambar:
http://kijangterbang.blogspot.com/

3 comments:

anwar ahmad said...

baru aku ingt rupenye aku merempat di rumah Ammar time perutusanku di INTEC dahulu..

usopp said...

teringat Ammar suke amek gambar yg ade efek cahayer kat blakang.. alfatihah tuk beliau..moge dicucuri rahmat.

abu said...

{jiwa mereka yg hangat cintanya mencari akhirat,laksana anak-anak akhirat,melihat dunia dari jendela akhirat}.

semoga diberikan ganjaran syurga atas keredhaan ALLAH yg kau cari selama di dunia dahulu.

Copyright © 2009 - Yamani Iskan Corner - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template